• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Teksi Rompak Buruh Warga Myanmar

oleh Cj Mnh
26/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak wang tunai RM1,700 milik buruh warga Myanmar, Khamis lepas.

A.Elangovan, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Lelaki itu didakwa bersama-sama dua individu yang masih bebas telah melakukan rompak berkumpulan ke atas wang tunai RM1,700 milik Abdul Shukur Habibul Rahman ,25, di tepi Jalan Stesen Sentral, KL Sentral, Brickfields di sini pada 5 petang, 20 Dis lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Amirul Asyraf Abdul Rasid tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu serius, bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Tharamjit Singh memohon supaya dibenar ikat jamin dengan alasan tertuduh penanggung tunggal keluarga.

“Anak guam saya bekerja sebagai pemandu teksi dengan pendapatan RM1,200 sebulan. Dia mempunyai seorang isteri yang tidak bekerja dan dua anak yang masih kecil. Saya mohon jaminan dibenarkan kerana ini adalah kesalahan kali pertamanya,” kata peguam itu.

Mahkamah membenarkan Elangovan diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan, perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap dua minggu dan tidak menganggu saksi pendakwaan dan 16 Jan 2019 ditetapkan untuk sebutan semula kes. — BERNAMA

Tags: pemandu teksiRompak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengait Sawit Mengaku Tidak Bersalah Rompak Bekas Kekasih

Pengait Sawit Mengaku Tidak Bersalah Rompak Bekas Kekasih

11/08/2025
0

MELAKA – Seorang pengait sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan melakukan rompakan ke...

Lelaki ‘Lalok’ Dicekup Rompak Kedai Di Alor Gajah

Lelaki ‘Lalok’ Dicekup Rompak Kedai Di Alor Gajah

14/07/2025
0

Alor Gajah: Lelaki lalok dadah syabu dicekup polis selepas disyaki melakukan ugutan jenayah, samun dan merompak kedai serbaneka di bandar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd