• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Kanan Polis Didakwa Cabul & Lakukan Seks Luar Tabii Terhadap 2 Wanita

oleh Cj Mnh
13/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Seorang pegawai kanan polis berpangkat Superintenden hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan mencabul dan dua pertuduhan melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii terhadap dua wanita, tahun lepas.

Supt Ghazani Ab Ghani, 49, yang bertugas sebagai sebagai Ketua Polis Daerah Padang Besar semasa kejadian, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.

Ghazani dituduh melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii terhadap wanita berusia 36 tahun dan menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan wanita itu di dalam sebuah kereta, berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Arau, antara pukul 10 malam hingga 11.30 malam pada 3 Julai 2017.

Tertuduh turut didakwa melakukan perbuatan serupa ke atas wanita berusia 29 tahun antara pukul 12.10 pagi hingga 1 pagi pada 31 Oktober 2017, di tempat sama juga di dalam sebuah kereta.

Bagi pertuduhan melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun manakala pertuduhan mencabul mengikut Seksyen 354 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda atau disebat atau mana-mana dua hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan Ghazani dibebaskan dengan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 29 Jan tahun hadapan untuk sebutan semula kes.

Ghazani diwakili peguam M. Puveneswaran dan K. Kumaran manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Razali Che Ani dan Mohd Nordin Ismail. – BERNAMA

Tags: cabulPegawai Kanan Polis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Asrama Nafi Cabul Pelajar

Warden Asrama Nafi Cabul Pelajar

07/11/2025
0

Seremban: Guru sekolah di Batu Kikir, Jempol, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang...

Mengaku Gersang Punca Lelaki Sengaja Langgar, Cabul Wanita Di Bazar Ramadan

Mengaku Gersang Punca Lelaki Sengaja Langgar, Cabul Wanita Di Bazar Ramadan

13/03/2025
0

TEMERLOH - Seorang lelaki mendakwa gersang kerana 13 tahun tidak bersama wanita akibat HIV positif ditahan pada Rabu selepas mencabul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd