• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan Khas JPNIN Siap Siaga Hadapi Banjir Di Kelantan

oleh Cj Mnh
18/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Pasukan khas Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Kelantan kini siap siaga bagi memberikan khidmat kepada mangsa banjir di negeri ini.

Pengarahnya Norwahidah Zinalibdin berkata pasukan sokongan itu yang melibatkan Anggota Jawatankuasa (AJK) Kawasan Rukan Tetanga (KRT) akan membantu pihak pengurusan bencana negara.

“Mereka telah dilatih dengan kemahiran asas dan lanjutan dalam menghadapi sebarang bencana termasuk kemungkinan banjir di negeri ini.

“Sebanyak 10 pasukan khas itu yang ditubuhkan di seluruh daerah dengan keanggotaan antara 20 sehingga 30 orang bersedia untuk digerakkan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Menurut Portal E-Banjir Kerajaan negeri Kelantan sehingga ini belum ada mangsa yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang di sediakan.

Norwahidah berkata pasukan khas tersebut memainkan peranan memberikan bantuan sebelum pihak agensi pengurusan bencana tiba untuk khidmat bantuan selanjutnya.

“Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) juga memainkan peranan mengawasi PPS selain melaksanakan rondaan lebih kerap bagi memantau sekeliling kawasan mereka.

“Kita juga memperkasakan Jiran Wanita di kawasan KRT untuk membantu jawatankuasa PPS bagi menyediakan perkhidmatan memasak kepada mangsa banjir,” katanya.

Katanya pihaknya berharap jentera JPNIN Kelantan bersiap sedia menghadapi banjir.

“Kami harus peka dengan keadaan sekeliling dan perlu saling bekerjasama dengan mana-mana agensi dan kami mahu kehadiran jentera JPNIN memudahkan lagi pengurusan risiko bencana di negeri ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Banjirpasukan khas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd