• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Beri Anak Nama Hitler Dihukum Penjara

oleh Haris
18/12/2018
dalam Gaya Hidup, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASANGAN suami isteri yang menamakan anak mereka sempena Adolf Hitler dan menjadi ahli pertubuhan neo-Nazi diharamkan di Britain dijatuhi hukuman penjara kedua-duanya lebih 10 tahun.

Adam Thomas, 22 tahun, dan Claudia Patatas, 38, dihukum penjara masing-masing enam setengah tahun dan lima tahun di Mahkamah Birmingham selepas juri mendapati pasangan itu menjadi ahli National Action, yang diharamkan di Britain pada 2016.

Semalam, pasangan itu dihukum bersama empat yang lain, termasuk rakan mereka Darren Fletcher yang didakwa mengajar anak mereka tabik cara Nazi.

Fletcher, yang telah mengaku menjadi ahli kumpulan haram itu sebelum perbicaraan tujuh minggu yang baru berakhir bulan lalu, dikatakan menghantar mesej kepada Patatas mengatakan “akhirnya dia dapat melakukannya (tabik Nazi),” lapor UK Press Association.

Semasa perbicaraan, juri diberitahu bahawa Thomas dan Patatas memberikan anak mereka nama tengah Adolf, dan gambar diperolehi dari kediaman mereka menunjukkan bapanya yang berpakaian Ku Klux Klan mendukungnya.

Thomas memohon menyertai Tentera British sebanyak dua kali tetapi ditolak. Dia sebelum itu bekerja sebagai pengawal keselamatan di Amazon.

Thomas juga didapati bersalah memiliki buku panduan teroris, yang mengandungi cara-cara membuat bom. – CNN

Tags: Neo-Nazi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd