• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

New York Gempar Pancaran Cahaya Biru Di Langit

oleh
29/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KECOH… Satu letupan berlaku di sebuah loji jana kuasa di New York City, Amerika Syarikat pada lewat malam 27 Disember lalu menerangi langit dengan pancaran cahaya biru yang amat gerun.

Fenomena aneh tersebut mencetuskan pelbagai spekulasi ‘panas’ dalam kalangan pengguna media sosial di bandar raya terbesar negara berkenaan, menurut laporan berita stesen penyiaran antarabangsa BBC semalam.

Malahan insiden ganjil tersebut menyebabkan sesetengah netizen di New York tertanya-tanya sama ada makhluk asing dari angkasa lepas sudah mendarat di bumi selain pelbagai andaian ‘nakal’ lain yang di luar imaginasi!

Menurut laporan stesen penyiaran tempatan ABC, insiden nadir itu berlaku sekitar pukul 9 malam di loji Con Edison di Astoria East dan North Queens, yang terletak di 20th Avenue dan 32nd Street di Astoria.

Bagaimanapun, Jabatan Polis New York menerusi catatan dalam laman sosial rasmi Twitternya menjelaskan kepada orang awam bahawa cahaya biru berkenaan sebenarnya disebabkan oleh satu perkara yang bukan luar biasa.

Ia susulan ada pula pengguna media sosial berpendapat bahawa kuasa ghaib mungkin punca di sebalik cahaya biru tersebut. Firma Con Edison turut mengeluarkan satu kenyataan pada Jumaat bagi menerangkan insiden tersebut.

“Masalah elektrik pada alat dengan nilai kuasa 138,000 volt itu menyebabkan pancaran elektrik yang dapat dilihat di sekitar kawasan yang luas. Peralatan terjejas sudahpun diasingkan ke satu bahagian dalam pencawang itu.”

Sementara itu, bekalan elektrik yang terputus turut menjejaskan operasi Lapangan Terbang LaGuardia di New York yang terpaksa beri amaran kepada ribuan penumpang untuk bersedia menghadapi segala kelengahan penerbangan.

Cahaya biru itu disebabkan oleh cara arus elektrik mengalir ke udara, menurut laporan BBC. Warna ini bergantung kepada jenis atom terlibat, dengan cahaya biru dikaitkan dengan atom gas oksigen. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: new york
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netanyahu Tegaskan Tidak Takut Kunjungi New York Selepas Ancaman Tangkapan

Netanyahu Tegaskan Tidak Takut Kunjungi New York Selepas Ancaman Tangkapan

14/11/2025
0

LAPORAN BERITA MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan bahawa dia “tidak takut” untuk berkunjung ke New...

Terkini!… Zohran Mamdani Catat Sejarah Sebagai Datuk Bandar Muslim Yang Pertama Untuk New York City

Terkini!… Zohran Mamdani Catat Sejarah Sebagai Datuk Bandar Muslim Yang Pertama Untuk New York City

05/11/2025
0

TERKINI....ZOHRAN MAMDANI CATAT SEJARAH SEBAGAI DATUK BANDAR MUSLIM PERTAMA NEW YORK CITY NEW YORK, 5 November 2025 – Zohran Mamdani,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd