• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nelayan Maut Terkena Renjatan Elektrik

oleh
11/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang nelayan maut terkena renjatan elektrik ketika sedang menambah baik pelantar botnya di Pasar Nelayan Kubang Rotan, Kuala Kedah, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 2.50 petang tadi, Romli Mohd Said, 61 dikatakan sedang mengendalikan peralatan memotong kayu di jeti tersebut sebelum tiba-tiba rebah selepas terkena arus elektrik.

Menurut anak sulung mangsa, Mohd Faizal, 32, kejadian itu disaksikan oleh adiknya yang ketika itu baru sahaja pulang daripada menangkap ikan.

“Adik saya yang memiliki bot sendiri keluar menangkap ikan bersama awak-awak arwah bapa sebab itu bapa tidak keluar ke laut hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya orang ramai yang berada di situ kemudian menghubungi ambulans yang membawa jenazah bapanya ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. – BERNAMA

Tags: renjatan elektrik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kes Baharu Maut Kena Renjatan Elektrik Pasang Bendera Parti, Rakaman Tular Insiden 2022 – Polis

Tiada Kes Baharu Maut Kena Renjatan Elektrik Pasang Bendera Parti, Rakaman Tular Insiden 2022 – Polis

19/11/2025
0

PAPAR: Polis menafikan dakwaan tular kononnya berlaku kejadian terbaru membabitkan kematian seorang individu akibat terkena renjatan elektrik ketika memasang bendera...

Pendawaian Tidak Teratur Antara Punca Insiden Renjatan Elektrik Dalam Bas

Pendawaian Tidak Teratur Antara Punca Insiden Renjatan Elektrik Dalam Bas

20/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Pendawaian elektrik pada bas yang tidak teratur dan dilakukan oleh pihak tidak mendapat tauliah daripada Suruhanjaya Tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd