• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Neelofa Ikat Kontrak Bersama Agensi Model London

oleh Cj Mnh
15/12/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengacara dan pelakon popular, Neelofa, menjadi satu-satunya selebriti berhijab menandatangi kontrak bersama agensi model dan bakat antarabangsa, Established Models, yang berpangkalan di London.

Katanya, dia berterima kasih diberikan peluang menakjubkan itu dan tidak sabar untuk meneroka ruang lebih jauh yang menantinya pada masa akan datang.

“Saya sangat berbangga dan berasakan kegembiraan berganda untuk mengumumkan, kini saya menjadi sebahagian daripada pasukan @estmodels di London.

“Terima kasih untuk peluang keemasan ini. Saya tidak sabar untuk meneroka kesempatan diberikan dan terima kasih semua di atas layangan ucapan manis serta doa. Tahun 2019, mari kita lakukannya,” katanya menerusi Instagram.

Neelofa yang kini berada di London turut memuatkan gambarnya bersama pengurusan syarikat berkenaan di laman sosial peribadinya, semalam.

Pada masa sama, Instagram rasmi Established Models, @estmodels, turut membuat pengumuman serupa yang disertakan foto usahawan muda itu berbusana dan mengenakan turban rona gelap.

“Meraikan kedatangan ratu media sosial dalam keluarga Established! Bukan sekadar menyerlah di media sosial, @neelofa adalah ahli perniagaan berjaya, aktres dan hos televisyen yang muncul dalam filem blockbuster, rancangan TV serta menerbitkan program sendiri.

“Adakah perkara lain yang tidak mampu dilakukan wanita cantik Malaysia ini,” tulis wakil agensi terbabit di laman sosial milik mereka, beberapa hari lalu.

Difahamkan, menerusi perjanjian kontrak terbabit, Neelofa dan pihak Established Models berbincang dalam merencanakan kerjayanya di sana untuk sepanjang tahun depan.

Penerima anugerah Bintang Paling popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-29 itu turut dibawa pihak agensi berkenaan berjumpa dengan pengurusan syarikat gergasi seperti Bentley dan Debenhams.

Terdahulu, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, 29, pernah mendedahkan, 2019 bakal menjadi tahun terbaik dan paling sibuk untuk dirinya.

Malah, sebelum ini dia mengakui mengintai peluang di arena antarabangsa untuk perkembangan kerjaya dan perniagaan, termasuk di Perancis. – BH Online

Tags: modelNeelofa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Live Lucah : Model Rusia Buat Laporan Polis

Live Lucah : Model Rusia Buat Laporan Polis

08/11/2025
0

Model Rusia Buat Laporan Polis, Dakwa Dirinya Dirakam Ketika Lelaki Buat ‘Live’ Lucah di Kedai Makan OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR...

‘Saya Terpaksa Jadi Model… Akhirnya Dapat RM1 Juta’ – Syed Saddiq

‘Saya Terpaksa Jadi Model… Akhirnya Dapat RM1 Juta’ – Syed Saddiq

18/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa menjadi model baju raya sebuah jenama fesyen bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd