• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib, Bekas Menteri Perlu Jelaskan Ops Yaman 2

oleh Cj Mnh
04/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein digesa memberi penjelasan berhubung penglibatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam Ops Yaman 2.

Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah berkata ini berikutan operasi itu difahamkan tidak mendapat kelulusan kabinet kerajaan terdahulu.

Menurut Raja Kamarul Bahrin, hampir dua tahun beliau mempersoal tindakan Hishammuddin dan Najib dalam isu penglibatan ATM itu.

“Mengapa mereka berdua berdiam diri terutama Najib, adakah kerana Najib terlalu berhutang budi kepada keluarga (diraja) Arab Saudi …,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam, berkata Hishammudddin difahamkan tidak dapat kelulusan kabinet dari segi prosedur operasi standard untuk Ops Yaman 2.

Liew dilaporkan berkata pada asalnya anggota ATM telah diatur gerak untuk membawa keluar rakyat Malaysia di Yaman, namun diubah kepada misi membantu pakatan ketenteraan Arab Saudi.

Kerajaan Pakatan Harapan menghentikan operasi itu pada 4 September lalu dengan menarik balik pasukan ATM di Arab Saudi atas sebab tidak selaras dengan dasar berkecuali Malaysia. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakOps Yaman 2
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd