• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Modric Julang Anugerah Ballon d’Or 2018

oleh Ahmad Albab
04/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Bintang tengah Real Madrid dan Croatia, Luka Modric dinobat pemenang anugerah Ballon d’Or 2018, awal pagi tadi sekali gus merobek dominasi selama sedekad oleh Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi untuk anugerah berprestij berkenaan.

Penyerang Juventus dan pemenang edisi 2017 , Ronaldo berada di kedudukan kedua manakala penyerang Atletico Madrid dan Perancis, Antoine Griezmann ketiga.

Pemain muda Perancis dan Paris St Germain, Kylian Mbappe yang turut meraih anugerah Kopa bagi pemain bawah 21 terbaik berada di kedudukan keempat diikuti penyerang Barcelona, Lionel Messi.

Modric, 33, cemerlang membantu Real menjulang gelaran ketiga berturut-turut Liga Juara-Juara pada Mei lalu sebelum mengetuai Croatia melangkah ke final Piala Dunia di Russia tetapi tewas 4-2 kepada Perancis.

“Ia perasaan yang unik. Saya gembira dan amat berbangga, emosi saya bercampur baur ketika ini, sukar untuk menggambarkannya dengan kata-kata,” kata Modric yang memakai tuxedo ketika menerima anugerah berkenaan daripada bekas penyerang Perancis, David Ginola.

“Satu penghormatan untuk berada di sini bersama semua pemain ini. Saya masih cuba untuk sedar yang saya kini sudah menjadi sebahagian daripada kumpulan pemain yang menakjubkan untuk memenangi Ballon d’Or sepanjang sejarahnya.”

Modric yang menyertai Real dari Tottenham Hotspur pada 2012 dan dilaporkan bernilai AS$45.40 juta (RM189.11 juta) dikritik hebat pada musim pertamanya di Bernabeu dan dinamakan pembelian terburuk oleh undian yang dibuat akhbar Sepanyol, Marca.

Tetapi perancang tengah kreatif itu mula menampilkan magisnya ketika di Spurs selepas ketibaan Jose Mourinho yang memberinya tugas di bahagian tengah berbanding di posisi menyerang ketika dia mula menyertai kelab berkenaan.

Modric berkata perubahan itu yang pertama kali dicadangkan oleh Harry Redknapp di Tottenham mengubah prestasinya.

“Perubahan posisi banyak membantu dalam karier saya. Saya kebiasaannya bermain dengan corak menyerang. Apabila saya berada sedikit belakang, saya boleh membaca permainan dengan lebih baik dan menunjukkan kreativiti saya.”

Sebagai rekod, Modric menjadi pemain Croatia pertama memenangi Ballon d’Or selain memenangi anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA pada Oktober lalu.

Sementara itu, penyerang Lyon dan Norway, Ada Hegerberg memenangi anugerah sama bagi wanita selepas membantu kelabnya menjuarai Liga Juara-Juara Eropah Wanita dengan meledak gol ketika kemenangan 4-1 ke atas Vfl Wolfsburg di final. – AFP/BH ONLINE

Tags: Ballon d'OrLuka Modric
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Krisis Prestasi Real Madrid Memuncak

08/01/2019
0

MADRID - Pemain tengah Real Madrid, Luka Modric mengakui pasukannya berdepan masalah serius, namun tetap mempertahankan kedudukan ketua jurulatihnya, Santiago...

Griezmann Dedah Impian Mahu Menang Ballon d’Or

01/11/2018
0

BINTANG Atletico Madrid, Antoine Griezmann mengakui dia memasang impian untuk merangkul anugerah Ballon d'Or. Griezmann, 27, merupakan salah seorang pemain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd