• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Luar Korea Selatan Lawat Malaysia

oleh Cj Mnh
19/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA, 19 (Bernama) — Menteri Luar Korea Selatan Kang Kyung-wha akan melakukan lawatan kerja dua hari ke Malaysia mulai esok.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata ini adalah lawatan Kyung-wha yang pertama ke Malaysia sejak pelantikannya sebagai menteri luar pada 18 Jun 2017.

Semasa lawatan itu, Kyung-wha dijadual mengadakan mesyuarat bilateral dengan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

“Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan pelbagai isu kepentingan bersama termasuk Lawatan Negara Presiden Moon Jae-in ke Malaysia pada 2019 dan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan diplomatik Malaysia – Korea Selatan, pada tahun 2020,” katanya.

Wisma Putra berkata Kyung-wha juga dijadual melakukan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini dan bertukar-tukar pendapat mengenai isu-isu kontemporari serantau dan antarabangsa yang punya kepentingan bersama.

Wisma Putra berkata lawatan Kyung-wha dijangka memberi dorongan baharu terhadap perhubungan bilateral yang kukuh yang telah berkembang antara Malaysia dan Korea Selatan sejak 23 Feb, 1960.

“Korea Selatan bukan sahaja rakan perdagangan penting buat Malaysia, tetapi juga negara utama bagi pelaburan langsung asing (FDI) dan ketibaan pelancong,” katanya..

Korea Selatan merupakan rakan dagang Malaysia kelapan terbesar dan pelabur asing ke-13 terbesar pada 2017.

Wisma Putra berkata perdagangan bilateral antara Malaysia dan Korea Selatan meningkat sebanyak 13.6 peratus pada 2017 kepada RM67.71 bilion berbanding tahun sebelumnya. – BERNAMA

Tags: KoreaMenteri Luar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Luar Liga Arab Gesa Israel Berundur Sepenuhnya Dari Gaza, Sempadan Rafah

Menteri Luar Liga Arab Gesa Israel Berundur Sepenuhnya Dari Gaza, Sempadan Rafah

11/09/2024
0

KAHERAH: Menteri-Menteri luar Liga Arab mendesak komuniti antarabangsa menguatkuasakan pendapat nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 19 Julai yang mengesahkan...

‘Tok Mat Dilantik Menteri Luar Untuk Lemahkannya Dalam UMNO’

‘Tok Mat Dilantik Menteri Luar Untuk Lemahkannya Dalam UMNO’

12/12/2023
0

Seorang pemimpin Bersatu mendakwa keputusan melantik Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan sebagai menteri luar dalam rombakan kabinet hari ini bertujuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd