• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menang Pertaruhan, Sanchez Kata “Rojo Anda Hutang Saya £20k”

oleh Ahmad Albab
23/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEYERANG Manchester United, Alexis Sanchez bertaruh dengan rakan pasukannya, Marcos Rojo bahawa Jose Mourinho akan dipecat di Old Trafford.

Karier Mourinho selama dua tahun setengah bersama United berakhir jua pada Selasa lalu selepas dia dipecat Naib Pengerusi Eksekutif Ed Woodward.

Kedudukan United yang terlalu jauh dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan hubungannya yang tidak baik dengan pemain antara faktor Mourinho dipecat.

Mourinho bergaduh dengan pemain berprofil tinggi termasuk Paul Pogba dan Eric Bailly.

Malah pengendali dari Portugal itu turut meletakkan Sanchez di bangku simpanan pada minggu terakhir dia bersama United.

Bintang Chile itu menerima gaji sekitar 400,000 pound sterling seminggu untuk berhijrah ke Old Trafford pada Januari lalu tetapi mengakui kesal menyertai kelab itu selepas merasakan Mourinho tidak menggunakannya dengan betul.

Sanchez dilaporkan berada di Chile selepas bergelut dengan kecederaan hamstring.

The Sun mendakwa Sanchez seronok dengan pemecatan Mourinho dalam satu mesej yang dihantar menggunakan aplikasi WhatsApp kepada rakan pasukannya.

Dalam mesej itu Sanchez berkata:”Saya beritahu anda!! Kesabaran adalah yang kita semua perlukan. Rojo anda hutang saya £20k.”

Malah Sanchez turut memuatnaik beberapa posting di media sosial miliknya pada Rabu lalu.

Pemain berusia 30 tahun itu tidak akan memperkuat United sehingga bulan depan. – Metro.co.uk/mStar Online

Tags: Alexis SanchezJose Mourinho
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MU ‘Kosongkan’ Pejabat Mourinho 5 Minit Lepas Dipecat

25/12/2018
0

MANCHESTER United tidak buang masa dalam menghilangkan kenangan Jose Mourinho sebagai pengurus apabila mereka 'membersihkan' pejabatnya dalam tempoh lima minit...

Mourinho Kembali Ke Portugal, Tonton Bola Sepak Bersama Anak

24/12/2018
0

SELEPAS dipecat pada Selasa lalu, Jose Mourinho pulang ke rumah keluarganya dekat Azeitao, Portugal. Dia meluangkan masa menyaksikan perlawanan bola...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd