• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MCA Lulus Resolusi Bubar BN – Presiden MCA

oleh
02/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung MCA ke-65 sebulat suara meluluskan resolusi untuk memberi kuasa kepada Jawatankuasa Pusat memulakan proses pembubaran Barisan Nasional (BN) dan membentuk perikatan baharu.

Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong berkata BN telah mengalami kecondongan kuasa yang amat ketara dan setiap parti komponen memerlukan penghayatan dan penilaian semula bagi mentransformasikan parti masing-masing.

“Justeru demi kebangkitan semula, BN perlu dibubarkan dalam suasana persefahaman dan persetujuan bersama supaya dapat memberi ruang yang bebas dalam usaha transformasi dan pembinaan semula.

“Apabila ada kesesuaian dan persamaan prinsip dan visi, maka perikatan politik boleh dibentuk semula,” katanya pada sidang media sejurus tamat perhimpunan agung parti di Wisma MCA, hari ini.​​​​​​​

Ketika ditanya bagaimana pembubaran mahu dilakukan sama ada dengan mengadakan mesyuarat bersama BN, beliau secara ringkas berkata “kami tahu apa yang perlu dilakukan”.

Mengulas lanjut, Wee berkata ini bukannya masa untuk menuding juri dan perlu menghayati perkongsian yang sekian lama wujud antara parti komponen.

“Dalam konteks ini, setelah mendengar pandangan daripada perwakilan yang berbahas (27 orang), 12 daripadanya adalah orang muda yang telah menghuraikan secara terperinci apa kebaikan, keburukan dan rasional kita membuat keputusan ini.

“Mereka juga menyentuh mengenai percaturan masa depan parti dan tidak bertindak mengikut emosi. Jadi setelah mengambil kira pandangan orang muda termasuk veteran politik yang mengambil bahagian dalam perbahasan, maka resolusi ini telah diluluskan. Perlu diingat ini bukan resolusi Wee Ka Siong, ini resolusi AGM,” katanya.

Wee turut berkata kesemua yang hadir pada perhimpunan mengangkat tangan tanda persetujuan untuk meluluskan kesemua resolusi kecuali seorang sahaja yang tidak bersetuju.

Resolusi yang diluluskan antara lain menyeru kerajaan merangka dasar pekerja asing yang komprehensif melalui kolaborasi dan perbincangan merentasi kementerian bagi menjamin keseimbangan antara pembangunan ekonomi, sumber manusia dan keselamatan sosial.

Ia turut menyokong inisiatif pembinaan bersama ‘Belt and Road’ dan menyeru kerajaan membaiki hubungan Malaysia dan China demi manfaat ekonomi. – BERNAMA

Tags: Wee Ka Siong
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis New York Cari Pasangan Kekasih Kehilangan Cincin

Next Post

Kerajaan PH Setuju Jual Petronas Kepada Syarikat Asing

Related Posts

Penerbangan Ditunda Lima Kali, Ka Siong Tegur Air Asia

Penerbangan Ditunda Lima Kali, Ka Siong Tegur Air Asia

21/07/2024
0

SHAH ALAM - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menzahirkan rasa tidak kecewa terhadap perkhidmatan syarikat penerbangan tambang murah,...

‘Kenyataan Tony Pua Umpama Lafaz Talak Tiga’ – Ka Siong

‘Kenyataan Tony Pua Umpama Lafaz Talak Tiga’ – Ka Siong

24/06/2023
0

SHAH ALAM - MCA meluahkan rasa kesal terhadap tindakan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang menggelar Barisan Nasional (BN)...

Next Post

Kerajaan PH Setuju Jual Petronas Kepada Syarikat Asing

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd