• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maszlee Ikrar Perbaiki Sistem Pendidikan Negara

oleh Ahmad Albab
27/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Berazam memperbaiki sistem pendidikan termasuk meringankan beban guru”, itu ikrar Dr Maszlee Malik apabila dilantik sebagai Menteri Pendidikan pada Mei lalu.

Sepanjang enam bulan menerajui kementerian, anggota Parlimen Simpang Renggam itu dihujani pelbagai kontroversi namun beliau tetap mendapat sokongan pelbagai pihak dengan menyifatkan Maszlee berpengalaman luas dalam bidang pendidikan.

Bermula dengan kasut hitam pelajar, susulan keluhan daripada ibu bapa yang mengadu mengenai kebersihan kasut putih dipakai anak mereka, kementerian pada Oktober lalu bersetuju melaksanakan pemakaian kasut hitam untuk murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara berkuat kuasa sepenuhnya mulai 2021.

Kontroversi terbaru ialah dakwaan beliau dipetik di luar konteks dalam isu memasukkan skandal 1MDB dalam sejarah negara.

Turut mendapat perhatian, cadangan pelajar menggunakan kolam renang hotel untuk aktiviti mereka, yang ditolak pengusaha hotel. Walaupun cadangan itu mengundang polemik orang ramai, namun ia merupakan antara berita gembira diumumkan Maszlee selain mewujudkan kegiatan kokurikulum belajar berenang yang akan diajar kepada sekolah berhampiran kemudahan kolam renang awam.

Turut diasak sebelum itu serangan psikologi daripada netizen apabila mereka tidak bersetuju dengan pelantikan Maszlee sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ketujuh walaupun mendapat perkenan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah selaku Ketua Perlembagaan universiti itu.

Bagaimanapun, bekas profesor madya di Jabatan Sains Politik di UIAM itu akhirnya meletakkan jawatan presiden berkenaan.

Maszlee berpendapat bahawa sistem pendidikan negara perlu disuntik dengan kaedah baharu selain tidak harus terlalu tertumpu kepada kedudukan dan peperiksaan.

Menganggap penyenaraian nama dalam barisan 14 anggota kabinet Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai suatu penghormatan, Maszlee komited melakukan transformasi sistem pendidikan negara dengan menerapkan elemen penting iaitu sistem pendidikan berteraskan teknologi dan penekanan berkaitan Bahasa Inggeris.

Menurutnya, perkara itu menjadi fokus kementeriannya selaras dengan aspirasi Dr Mahathir yang mahu memberi penekanan keperluan untuk menguasai pelbagai bahasa bermula dari bangku sekolah.

Agenda memperkasakan pendidikan diteruskan kementerian dengan pelantikan 13 individu terdiri daripada anggota akademik dan pakar untuk menganggotai Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKDPN) pada Oktober lalu sebagai badan bebas bagi mengkaji dasar berkenaan.

JKDPN diwujudkan susulan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun lalu, mula berkuat kuasa pada Oktober 2018 sehingga April 2019 itu berperanan memberi syor dari sudut kajian bebas melalui perspektif mereka mengenai pelaksanaan Dasar Pendidikan Negara secara menyeluruh.

JKDPN yang dipengerusikan Presiden Pertubuhan Pentadbiran dan Pengurusan Pendidikan Malaysia yang juga Timbalan Naib Canselor Inti-UC Laureate International Universities, Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid itu turut dianggotai Dr Madeline Berma dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Universiti Islam Antarabangsa Prof Datuk Dr Ab Halim Tamuri.

Menyentuh isu pembayaran semula pinjaman pendidikan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan kaedah bayaran balik pinjaman secara progresif atau potongan gaji berjadual (PGB) bermula Januari 2019

Kaedah PGB itu akan dilaksanakan mengikut peratus potongan daripada gaji peminjam apabila gaji mencecah RM2,000 sebulan dan peratus potongan adalah antara dua peratus hingga 15 peratus.

Menerusi Belanjawan 2019 yang dibentangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Dewan Rakyat baru-baru ini, Kementerian Pendidikan menerima peruntukan terbesar iaitu sebanyak RM60.2 bilion selaras dasar kerajaan menghasilkan suasana pendidikan yang lebih berkualiti di semua peringkat.

Peruntukan itu disambut baik pelbagai pihak antaranya Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Datuk Mohamad Ali Hasan yang berpendapat ia menjadi bukti bahawa kerajaan Pakatan Harapan memberi keutamaan kepada sektor pendidikan negara. – BERNAMA

Tags: Dr Maszlee MalikPendidikan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dipaksa Tampar Muka Sendiri 100 Kali, Makan Cili

Next Post

Hazard Raih Gol Ke-100, Azam Mahu Jadi Legenda

Related Posts

KPM Sasar Sekolah Seluruh Negara Guna ‘Smartboard’ Menjelang 2027

KPM Sasar Sekolah Seluruh Negara Guna ‘Smartboard’ Menjelang 2027

18/04/2025
0

BAYAN LEPAS - Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkasa transformasi digital dalam sektor pendidikan negara terus diperkukuh apabila sasaran untuk...

PRK Ayer Kuning: Pendidikan Antara Visi Utama Calon BN

PRK Ayer Kuning: Pendidikan Antara Visi Utama Calon BN

14/04/2025
0

TAPAH: Pendidikan menjadi antara visi utama calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...

Next Post

Hazard Raih Gol Ke-100, Azam Mahu Jadi Legenda

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd