• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysian Tigers Tersingkir Awal Dari Piala Dunia

oleh
09/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Skuad Malaysian Tigers mengucapkan selamat tinggal kepada Kejohanan Hoki Piala Dunia 2018 apabila tewas 3-5 kepada Jerman dalam perlawanan terakhir Kumpulan D di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India, malam ini.

Keputusan tersebut menyaksikan skuad kendalian Roelant Oltmans tersingkir seawal pusingan pertama apabila menghuni tangga corot dalam kumpulan, sekali gus gagal melangkah ke pusingan kedua pada kejohanan 16-pasukan itu.

Jerman, yang sudah menempah slot suku akhir sebelum menentang Malaysia, bagaimanapun, tidak memberi peluang apabila membuka tirai jaringan seawal minit kedua permainan dengan Timm Herbruch menyempurnakan pukulan sudut penalti.

Pada minit ke-14, Jerman menggandakan jaringan selepas Christopher Ruhr berjaya menewaskan penjaga gol veteran negara, S. Kumar, sebelum sekali lagi menemui sentuhannya pada minit ke-18, sekali gus meletakkan kedudukan selesa 3-0.

Pakar pukulan sudut negara, Muhammad Razie Rahim akhirnya memecahkan kebuntuan pada cubaan ketiga pada minit ke-26 dan dua minit kemudian Nabil Fiqri Mohd Noor menyempurnakan pukulan sama untuk kedudukan 2-3.

Jerman, yang sebelum ini mengalahkan Belanda 4-1 dan Pakistan 1-0, kemudian meledak gol keempat menerusi Marco Miltkau pada minit ke-39 sebelum Muhammad Razie sekali lagi merapatkan kedudukan kepada 3-4 menerusi gol kedua peribadi9nya pada minit ke-42.

Herbruch kemudian menunjukkan jalan keluar kepada Malaysia apabila mledak gol kelima Jerman pada minit ke-59.

Malaysia mengakhiri saingan Piala Dunia dengan kekalahan memalukan 7-0 kepada Belanda sebelum berkongsi mata 1-1 dengan Pakistan.

Mengikut format kejohanan, juara setiap daripada empat kumpulan akan layak ke peringkat suku akhir manakala naib juara dan pasukan tempat ketiga akan bersaing pada pusingan kedua bagi memburu baki empat slot suku akhir. – BERNAMA

Tags: Malaysian Tigers
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

4 Termasuk Tiga Sekeluarga Maut Dalam Kemalangan Di Lipis

Next Post

Perhimpunan Tolak ICERD Bukti Kerajaan Junjung Demokrasi

Related Posts

Malaysian Tigers Kalah Lagi Di Tangan NZ

21/11/2018
0

KUALA LUMPUR – Skuad hoki negara terus menerima tamparan dalam persiapan menghadapi kempen Piala Dunia 2018 di Bhubasneswar, India, selepas...

Next Post

Perhimpunan Tolak ICERD Bukti Kerajaan Junjung Demokrasi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd