• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Sebagai Negara Membaca Menjelang 2030

oleh Cj Mnh
13/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan mahu menjadikan Malaysia sebagai Negara Membaca menjelang 2030, kata Menterinya Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata kementerian berhasrat untuk menjadikan tempoh masa 10 tahun iaitu dari tahun 2021 sehingga 2030 sebagai Dekad Membaca Kebangsaan.

Katanya kempen yang akan dilancarkan tahun depan itu bertujuan membentuk masyarakat ilmu bertaraf dunia dengan fokus membaca untuk pengetahuan dan pembudayaan amalan membaca.

“Kementerian Pendidikan mengambil inisiatif untuk menyemarakkan program gerakan membaca yang sudah berlangsung sejak dua dekad lepas memandangkan kempen tersebut masih belum mencapai tahap yang memuaskan serta penglibatan penggiat literasi masih tidak menyeluruh.

Jadi kita, perlu merangka dan satu pendekatan baharu yang lebih mantap serta agresif bagi menarik lebih ramai masyarakat untuk mencintai dunia pembacaan dan membugarkan pembudayaan membaca,” katanya ketika prapelancaran Dekad Membaca Kebangsaan di sini hari ini.

Maszlee berkata kempen itu dilihat mampu memperkukuhkan dan meningkatkan budaya membaca dalam kalangan rakyat serta merealisasikan hasrat untuk menjadikan negara sebagai sebuah negara yang berbudaya membaca.

Menurutnya, kajian “The World’s Most Literate Nation” pada 2016 meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-53, jauh di belakang negara jiran Singapura yang berada di tangga ke-36.

Beliau berkata kerajaan juga sedang dalam perancangan untuk menyasarkan penerbitan negara mencapai 31,700 judul setahun menjelang 2020, berbanding 19,713 judul pada tahun 2017, katanya.

Mengenai slogan #MALAYSIAMEMBACA, Maszlee berkata ia dipilih dan akan dipopularkan agar aspirasi menjadikan Malaysia sebagai negara membaca dan melahirkan masyarakat berilmu bertaraf dunia.

Beliau turut mencadangkan kepada Majlis Zakat Negeri dan mufti bahawa golongan asnaf turut diberikan buku dan bukan hanya duit, makanan dan baju sekolah.

“Ini bertujuan untuk mereka menghasilkan imaginasi yang akan mendorong mereka untuk maju dalam pelajaran dan di dalam kerjaya,” katamya. – BERNAMA

Tags: Dr Maszlee Malikmembaca
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Berjumpa Maszlee Isu 1BestariNet

SPRM Berjumpa Maszlee Isu 1BestariNet

29/09/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan perjumpaan dengan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik melibatkan isu...

Maszlee Ikrar Perbaiki Sistem Pendidikan Negara

27/12/2018
0

KUALA LUMPUR - "Berazam memperbaiki sistem pendidikan termasuk meringankan beban guru", itu ikrar Dr Maszlee Malik apabila dilantik sebagai Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd