Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Isu Hudud: DAP Kedah...

ALOR SETAR - DAP Kedah yang dipengerusikan Tan Yen Chai menyifatkan keputusan Setiausaha...

2 Anggota Polis Mengaku...

JOHOR BAHRU - Dua Lans Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Siti Nurhaliza Paling Ramai...

HEBAT... Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin kini menjadi individu...

Sajat Sudah Didakwa Kerana...

KUALA LUMPUR - Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali Nur Sajat...

“Mak Tolong” Laungan Mangsa Kebakaran – Saksi

IPOH – “Mak tolong,” demikian antara jeritan yang dapat didengar oleh seorang saksi dalam insiden letupan sebuah rumah kedai dua tingkat di kawasan perindustrian Puncak Jelapang Maju, Meru, di sini tengah hari ini yang meragut enam nyawa.

K.Sunther, 42, berkata semasa kejadian kira-kira 1.50 tengah hari itu dia berada di kilang perabot tempatnya bekerja yang terletak di lot sama dengan premis terbabit.

“Saya baru lepas makan, tiba-tiba dengar bunyi letupan kuat dari tingkat atas dan diikuti dengan api yang marak.

“Saya mahu tolong sebab tahu ada orang tapi api sangat marak, mahu naik tangga pun tidak dapat, dan sempat dengar sekejap suara minta tolong,” katanya ketika ditemui Bernama di lokasi.

Difahamkan seorang daripada mangsa adalah pemilik premis tersebut yang menjalankan perniagaan pengaturcaraan majlis dikenali sebagai Raja.

Menurut Sunther, seperti kelaziman beliau sempat bersembang dengan lima daripada enam mangsa yang merupakan pekerja kira-kira pukul 10 pagi tadi sebelum mereka memulakan kerja.

“Semua budak-budak lelaki ini (mangsa) bekerja sambilan di sini,” katanya.


Sementara itu, P. Appu, 48, abang kepada seorang daripada mangsa berkata ketika kejadian dia yang berada di sekitar kawasan itu, terdengar bunyi letupan kuat dan disusuli dengan kebakaran.

“Saya yang berada di luar premis berkenaan cuba padam kebakaran menggunakan alat pemadam kebakaran tapi tak berjaya kerana api terlalu marak dan mangsa menjerit meminta tolong, namun saya tak boleh buat apa,” katanya dan menambah premis itu sudah beroperasi lebih 15 tahun.

Appu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata beliau mengenali semua mangsa.

Menurut Appu, beliau terkejut dan berasa sedih atas kejadian tersebut kerana insiden itu turut menimpa adik kandungnya. – BERNAMA

Kategori