• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majlis Presiden Bincang Isu Penyertaan Bekas Anggota UMNO

oleh
14/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN Isu berkaitan penyertaan wakil rakyat dan anggota UMNO ke dalam Pakatan Harapan (PH) akan dibincangkan di Majlis Presiden gabungan parti dalam pakatan.

Ketua Setiausahanya Datuk Saifuddin Abdullah berkata perkara itu akan dibincangkan semula, walaupun perkara sama pernah dibangkitkan dalam mesyuarat terdahulu.

“Saya yakin apa yang berlaku (penyertaan anggota parti lain ke dalam PH) dalam pengetahuan pucuk pimpinan setiap parti dalam PH. Saya yakin mereka bijak untuk membuat keputusan mengenainya,” katanya.

Saifuddin yang merupakan Anggota Parlimen Indera Mahkota berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Karang di sini hari ini, yang menempatkan 69 mangsa banjir.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas jika PH akan menerima wakil rakyat, pemimpin atau anggota UMNO yang meninggalkan parti, termasuk Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Hajiji Mohd Noor, 13 wakil rakyat dan 21 ketua bahagian yang meninggalkan parti kelmarin.

Perkembangan politik itu menimbulkan kebimbangan parti komponen dalam PH, jika mereka diterima menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana tidak mahu dilihat sebagai ‘mengutip sampah’ dengan cara membawa masuk ‘katak’ daripada UMNO.

Pada perkembangan lain, Saifuddin menggesa supaya pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan isu perparitan dan saliran di kawasan perumahan khususnya di kawasan rendah.

Katanya, pembinaan dan penyelenggaran sistem perparitan perlu perlu selari dengan pembangunan di sesuatu kawasan bagi mengurangkan risiko banjir terlalu kerap berlaku apabila hujan lebat.

“Rumah penduduk yang berada di kawasan rendah pasti banjir kerana longkang kecil selain itu saiz didapati sama walaupun penduduk bertambah dan bangunan semakin banyak,” katanya.

Saifuddin menambah beliau dan pasukan #IMharapan akan memberi tumpuan dalam memastikan mangsa banjir di kawasan itu mendapat bantuan sewajarnya dan berterima kasih kepada semua agensi yang pantas memindahkan penduduk apabila rumah mereka dinaiki air sejak semalam. – BERNAMA

Tags: Saifuddin Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sokongan Malaysia Kepada Palestin Tidak Pernah Berubah

30/11/2021
0

PUTRAJAYA : Israel digesa menamatkan keganasan, pencerobohan berulang, penindasan sistematik dan jenayah apartheid terhadap rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak....

Malaysia Teliti Perkembangan Sebelum Iktiraf Kerajaan Taliban

21/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Malaysia mengambil pendirian berhati-hati dan meneliti perkembangan semasa dengan mengambil kira pertimbangan tertentu, sebelum membuat keputusan mengiktiraf...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd