• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Main Gitar Semasa Doktor Bedah Otak

oleh Ahmad Albab
24/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pemuzik jazz yang menghidap tumor otak bermain gitar semasa pembedahan dilakukan ke atas dirinya.

Musa Manzini dari Afrika Selatan bermain beberapa note muzik semasa pembedahan itu.

Menurut seorang pakar bedah saraf, Dr Rohen Harrichanparsad, tindakan pemuzik itu turut melancarkan proses pembedahan tersebut.

Manzini diberikan ubat bius oleh doktor semasa pembedahan yang dilakukan di Hospital Pusat Inkosi Albert Luthuli, Durban.

“Ia meningkatkan margin keselamatan untuk kami, kami boleh mendapatkan maklum balas secara nyata mengenai apa yang kami lakukan secara intraoperatif.

“Prosedur itu tidak biasa dengan beberapa kes lain di negara lain di mana pemuzik bermain alat muzik atau menyanyi semasa pembedahan serupa dilakukan,” katanya.

Doktor berkata mereka juga mahu menguji keupayaan Manzini mengubah muzik semasa pembedahan tersebut yang memerlukan interaksi di bahagian otak.

Manzini hanya diberikan gitar tersebut di hujung pembedahan kerana doktor mahu memastikan segalanya berjalan dengan lancar.

Sekeping foto dan video diambil pasukan perubatan menunjukkan Manzini dalam keadaan sedang baring sambil bermain gitar di dalam bilik pembedahan.

“Ini dia, lakukan tugas anda,” kata seorang ahli pasukan perubatan ketika Manzini mula bermain gitar.

Selain prosedur itu, pesakit turut diberikan ubat mengantuk semasa pembedahan yang panjang.

Pada 2015, seorang pemuzik bermain Saxophone miliknya semasa pembedahan otak dilakukan di Sepanyol. – Metro.co.uk/mStar Online

Tags: pembedahanpemuzik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tilintetgjort, Troll Dibarisi Pemuzik Norway Yang Terkenal Dan Berpengalaman

Tilintetgjort, Troll Dibarisi Pemuzik Norway Yang Terkenal Dan Berpengalaman

22/07/2024
0

Oleh ABDUL AZIZ ITAR TILINTETGJORT mungkin perkataan yang sedikit sukar untuk disebut bagi yang bukan berbahasa Norway. Namun, bagi para...

Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

TERKINI: Pengawal Peribadi Masih Alami Pendarahan Usus, Perlu Jalani Pembedahan Susulan – Isteri

15/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Pengawal peribadi yang masih kritikal selepas ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd