• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tolak Permintaan Najib Untuk Bayar Jaminan RM500,000 Secara Ansuran

oleh Cj Mnh
12/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang didakwa menggunakan kedudukannya untuk meminda laporan audit akhir 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam bagi mengelakkan sebarang tindakan ke atasnya, dikehendaki membayar jaminan RM500,000 hari ini apabila Mahkamah Sesyen menolak permohonan beliau untuk membuat pembayaran secara ansuran.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memohon agar anak guamnya dibenar membayar RM200,000 hari ini dan esok dan bakinya RM100,000 dibayar pada Jumaat.

Hakim Azura Alwi berkata, bayaran itu tidak boleh dibayar secara ansuran dan perlu dilakukan sepenuhnya, bagaimanapun Muhammad Shafee bertegas mahukan bayaran itu dibuat pada Jumaat yang mana Azura menjawab “No, by today” (Tidak, hari ini juga).

Azura membenarkan Najib dibebaskan dengan jaminan RM500,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Jan untuk sebutan kes berkenaan.

Terdahulu, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwaraya Kanan menawarkan jaminan berjumlah RM1 juta dengan seorang penjamin kepada Najib, bagaimanapun Muhammad Shafee membantah dengan jumlah berkenaan.

Beliau memohon kepada mahkamah agar dilanjutkan jumlah jaminan berjumlah RM5.5 juta yang telah dikenakan ke atas anak guamnya secara kes berasingan daripada kes hari ini.

“Saya ingin bertanya bagi pihak anak guam saya agar dibebaskan tanpa sebarang jumlah jaminan,” katanya.

Tags: ansuranWang Jaminan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada Hasrat Laksana Perintah Berkurung Remaja Buat Masa Ini

Next Post

Projek Solar: Kes Rizal Mansor Akan Didengar Di Mahkamah Tinggi

Related Posts

Wang Jaminan RM1 Juta LGE Diserah Kepada PFF

16/11/2018
0

GEORGE TOWN - Wang hasil sumbangan orang ramai berjumlah RM1 juta bagi urusan jaminan dalam kes rasuah bekas Ketua Menteri,...

Next Post

Projek Solar: Kes Rizal Mansor Akan Didengar Di Mahkamah Tinggi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd