• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAHB Akan Naik Taraf Prasarana Komunikasi KLIA

oleh
31/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan menaik taraf prasarana komunikasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi tempoh tiga bulan akan datang bermula 1 Jan, 2019.

MAHB dalam satu kenyataan hari ini berkata penaikan taraf itu bertujuan meningkatkan pengalaman lapangan terbang di KLIA dan akan menambah baik keseluruhan liputan dan kapasiti rangkaian selular di lapangan terbang itu.

“Ia juga bagi menyediakan kepada keperluan pendigitalan masa depan seperti inisiatif Lapangan Terbang 4.0, ekosistem e-dagang dan pembangunan Aeropolis,” kata pengendali lapangan terbang itu.

Semasa tempoh penaikan taraf itu, orang ramai yang berada di lapangan terbang mungkin mengalami gangguan terputus-putus dari segi penerimaan dan kelajuan perkhidmatan selular dan talian pajak dalam terminal penumpang dan juga kargo.

“MAHB telah menyediakan beberapa pelan mitigasi bagi memastikan peralihan yang lancar. Antara langkah-langkah tersebut termasuklah menempatkan telefon talian tetap di kaunter maklumat bagi kemudahan pengguna lapangan terbang, serta memastikan kekuatan sambungan perkhidmatan WiFi percuma lapangan terbang untuk membolehkan pengguna berkomunikasi menerusi panggilan data dalam aplikasi mudah alih seperti WhatsApp dan Messenger.

“Duta CARE lapangan terbang juga akan ditempatkan bagi membantu penumpang yang mungkin memerlukan bantuan,” kata syarikat itu.

Bagi yang ingin membuat pertanyaan atau menyediakan maklum balas boleh berbuat demikian menerusi emeil di CARE@malaysiaairports.com.my atau menghubungi nombor talian hotline di 03-8776 9006. – BERNAMA

Tags: MAHB
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pergaduhan Di R&R Gambang: Tujuh Lelaki Didakwa

Next Post

Presiden Turki Ikrar Akan Terus Musnahkan Pengganas

Related Posts

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

25/06/2024
1

Kuala Lumpur : Penjelasan mengenai penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) antara perkara yang...

MAHB Laksanakan Proses ‘Uji Dan Lepas’ Program VTL Udara Mulai 16 Mac

15/03/2022
0

KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Kementerian Pengangkutan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan proses...

Next Post

Presiden Turki Ikrar Akan Terus Musnahkan Pengganas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd