• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LPP Saran Peladang Langkawi Tanam Kelapa Pandan

oleh Cj Mnh
04/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menyarankan golongan peladang dan petani di Pulau Langkawi untuk memanfaatkan tanah yang ada di pulau peranginan itu dengan mengusahakan tanaman kelapa pandan yang dilihat mampu memberi pulangan besar kepada mereka.

Pengerusi LPP Datuk Mazlan Aliman berkata penanaman kelapa pandan di Langkawi bertepatan berikutan terdapat permintaan yang tinggi terhadap buah kelapa muda terutamanya dalam sektor pelancongan di pulau itu.

“Apa juga yang dijual di Langkawi atau kawasan tumpuan pelancong seperti Pulau Tioman, Pahang atau Pulau Pangkor, Perak pasti laku. Contohnya, kelapa muda dijual dengan harga RM8 sebiji di Langkawi tetapi pelancong tidak kisah untuk membayar harga tersebut.

Kadang-kadang sampai tidak cukup bekalan jadi bila petani dan peladang tanam kelapa pandan, ia dapat membantu meningkatkan pengeluaran buah kelapa selain dapat mengurangkan kebergantungan untuk mendapatkan bekalan selain meningkatkan sumber pendapatan mereka,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, Mazlan menghadiri Majlis Ramah Mesra Kepimpinan Peladang dan Anggota Peladang Negeri Kedah sempena lawatan kerja selama dua harinya di negeri ini yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan melihat perjalanan LPP negeri.

Mazlan berkata LPP juga telah memilih untuk memberi keutamaan kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Langkawi dalam usaha untuk mentransformasikan pulau tersebut sebagai destinasi agro pelancongan.

“Kita mahu tingkatkan nilai tambah pada kawasan pelancongan seperti Langkawi, Pulau Tioman dan Pulau Pangkor kerana agro pelancongan ini mampu menjadi penyumbang utama dan terbesar dalam sektor pertanian,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mazlan berkata pihaknya mengambil maklum mengenai keselamatan makanan negara yang terancam dengan lambakan serius racun makhluk perosak tidak berdaftar di pasaran tempatan.

“Kita akan ambil tindakan yang sewajarnya antaranya memastikan makanan yang menggunakan racun perosak ini tidak dibenarkan memasuki pasaran. Saya juga berharap Kementerian Pertanian dan Industri Tani dapat memperkasakan penguatkuasaan untuk memastikan perkara tersebut dapat dibendung,” katanya.

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Pertanian, Datuk Jamal Harizan Yang Razali dalam satu sidang media memaklumkan bahawa masalah berkaitan racun perosak itu lebih serius membabitkan negeri-negeri bersempadanan dengan negara jiran seperti Perak, Kedah, Perlis dan Kelantan. – BERNAMA

Tags: Kelapa PandanPeladang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PENJANA Beri Pusingan Modal Peladang, Petani, Nelayan

25/06/2020
0

KUALA LUMPUR - Industri pertanian dan makanan adalah antara sektor yang terkesan akibat wabak COVID-19 dan memerlukan sokongan dan bantuan modal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd