• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki OKU Dihadapkan Ke Mahkamah Buat Panggilan Ancaman Bom

oleh Ahmad Albab
20/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAMPIN – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) lembam, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan membuat panggilan ancaman bom di Hospital Tampin Jumaat lepas.

Mohd Yusnaidi Mohd Yunus, 34, dihadapkan ke mahkamah sebaik tempoh reman selama enam hari tamat.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Tan Chai Wei.

Mengikut pertuduhan, Mohd Yusnaidi didakwa menakutkan dengan cara menyembunyikan namanya dengan membuat panggilan kepada Nor Zuzainni Jamaluddin, 38, di Hospital Tampin pada pukul 5.50 pagi, 14 Dis lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Fuad Ramlan yang mengendalikan kes itu mengemukakan laporan perubatan pesakit psikiatri dari Hospital Tuanku Ja’afar Seremban dan meminta mahkamah merujuk tertuduh ke hospital bagi mendapatkan laporan perubatan.

Majistret kemudiannya memerintahkan tertuduh dihantar ke Hospital Permai, Johor Bahru untuk pemerhatian di bawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah dan menetapkan 24 Jan ini untuk laporan perubatan.

Dalam kejadian pukul 5.50 pagi itu, seramai 120 pesakit dan 50 kakitangan Hospital Tampin, cemas apabila dimaklumkan menerima panggilan ancaman bom daripada lelaki yang tidak dikenali.

Sepasukan anggota dari IPD Tampin, Unit Anjing Pengesan (K9) dan Unit Pengesan Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan yang ke lokasi melakukan pemeriksaan tidak menemui sebarang objek mencurigakan.

Susulan kejadian itu, polis berjaya mengesan suspek dan menahannya di sebuah rumah di Chembong, Rembau, pada jam 10.45 malam pada hari yang sama. – BERNAMA

Tags: Ancaman BomOKU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

19/07/2025
0

GEORGETOWN: Pembuat kek yang juga lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) kerugian RM523,350 akibat terperdaya dengan tawaran kerja tidak wujud....

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

09/03/2025
0

Padang Besar: Pemandu kereta Honda Civic yang disyaki memandu dengan laju sehingga merempuh motosikal dinaiki veteran komando tentera dan anaknya di Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd