OSLO – Seorang lelaki ditahan beberapa jam selepas merompak bank di lokasi paling utara di dunia iaitu sebuah perkampungan terpencil di kepulauan Artik di Svalbard dalam negara Norway.
Ia adalah rompakan pertama ke atas bank berkenaan yang terletak di Lautan Artik dan terbahagi antara Norway serta Kutub Utara.
Jurucakap gabenor tempatan, Terje Carlsen berkata, satu rompakan bersenjata disahkan berlaku pada jam 10.40 pagi (waktu tempatan).
Apa yang menarik, kejadian seumpama itu jarang menemui kejadian di kawasan berkenaan yang terkenal dengan ketulan ais dan glasier.
Ibu negeri Svalbard, Lonyearbyen hanya memiliki kira-kira 2,000 penduduk dan masing-masing saling mengenali antara satu sama lain manakala satu-satunya pengangkutan yang ada ialah dengan menggunakan kapal terbang.
“Seorang lelaki bersenjata merampas sejumlah wang dan dia segera ditahan selepas itu,” kata Carlsen.
Pihak berkuasa enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenai lelaki berkenaan, jumlah wang yang dicuri atau jenis senjata digunakan dalam rompakan.
Svalbard yang dua kali lebih besar dari Belgium terletak kira-kira 1,000 kilometer dari Kutub Utara.
Suhu pada musim sejuk di situ sering mencecah bawah 20 Selsius dan boleh menjunam sehingga bawah 40 darjah. – AFP