• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih Daripada 30,200 Honda City Terjual Dalam Tempoh Jan-Nov

oleh Cj Mnh
18/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebih daripada 30,200 unit Honda City telah terjual dari Januari hingga November tahun ini, menjadikan ia sebagai penyumbang terbesar kepada angka jualan Honda Malaysia iaitu sebanyak 32 peratus sepanjang tempoh itu.

Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Roslan Abdullah berkata City juga mengekalkan penguasaannya dalam segmen B.

(Mengikut ketetapan sistem pengkelasan Eropah yang menyusun kenderaan mengikut berat, lebar dan panjang, segmen B merangkumi kereta yang memiliki panjang kira-kira empat meter)

“City menawarkan kombinasi prestasi dan ekonomi bahan api dengan ciri-ciri tanpa tandingan serta tahap keselamatan pada tawaran harga yang hebat, ini menjadikan ia model yang mendapat permintaan tinggi di Malaysia,” katanya dalam majlis penyampaian hadiah pertandingan ‘Joy of Buying’’ di sini hari ini.

Seramai tujuh pemenang utama peraduan itu, menerima sebuah Honda City sebagai hadiah setiap seorang, ia diadakan bersempena dengan ulang tahun ke 70 Honda dan Hari Kemerdekaan Malaysia.

Roslan berkata, peraduan itu juga dibuat sebagai penghargaan Honda kepada pelanggan yang telah menjadikan Honda sebagai kereta bukan nasional yang paling digemari.

“Sokongan daripada pelanggan telah membolehkan Honda Malaysia menjadi jenama nombor satu dalam segmen kereta bukan nasional selama tiga tahun berturut-turut,” katanya.

Peraduan selama dua bulan itu, yang bermula pada September lepas, telah menerima lebih daripada 4,800 serahan dari seluruh negara, di mana seramai 301 pemenang telah dipilih.

Selain tujuh hadiah utama, terdapat 17 pemenang tempat kedua yang menerima sistem hiburan teater rumah Blu-ray Sony dan 277 pemenang lain akan mendapat barangan rasmi Honda. – BERNAMA

Tags: Honda Cityjualan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

Johnson & Johnson Hentikan Jualan Bedak Bayi Talkum

Johnson & Johnson Hentikan Jualan Bedak Bayi Talkum

12/08/2022
0

NEW YORK: Syarikat Johnson & Johnson (J&J) akan menghentikan penjualan bedak bayi berasaskan talkum secara global, tahun depan. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd