• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Akhbar Tidak Adil Punca Perkauman, Kata Raheem Sterling

oleh Haris
10/12/2018
dalam Gaya Hidup, Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAPORAN tidak adil media menjadi pencetus “api perkauman” apabila memaparkan pemain bola sepak berkulit hitam secara tidak adil, kata pemain Manchester City, Raheem Sterling baru-baru ini.

Kenyataan berani Sterling itu mencetuskan debat yang hangat di UK dan mendapat sokongan ramai.

Sterling, 24 tahun, menulis di media sosial sehari selepas menghadapi kecaman perkauman dari peminat Chelsea ekoran kekalahan pasukannya kepada 2-0 pasukan itu di Stamford Bridge.

Pihak polis dan pasukan Chelsea sedang menyiasat dakwaan itu.

“Apa yang saya boleh katakan ialah berfikirlah tentang publisiti yang adil dan berikan peluang saksama kepada semua pemain,” katanya.

Dalam catatan di Instagram, Sterling berkata beliau ketawa mendengar serangan rasis itu kerana sudah menjangkakan tindakan mentaliti rendah itu.

Persatuan Bola Sepak (FA) berkata pada Ahad yang ia menyokong siasatan tersebut.

Pada Sabtu, polis di Scotland menahan dua orang peminat kerana didakwa melaungkan kecaman berbentuk perkauman terhadap pemain gantian Motherwell, Christian Mbulu semasa tewas kepada Hearts.

Dalam tulisannya, Sterling memetik beberapa laporan akhbar mengenai rakan sepasukan Tosin Adarabioyo dan Phil Foden membeli rumah.

Tajuk laporan tentang Adarabioyo menumpukan pada bagaimana beliau membelanjakan 2.25 juta pound membeli kediaman itu “walaupun tidak pernah bermain dalam perlawanan Liga Perdana.”

Sebaliknya, Foden, 18 tahun, dilapor “membeli rumah berharga 2 juta pound untuk ibunya” dan disebut sebagai “bersedia untuk masa depan.”

Kata Sterling, kedua-dua pemain muda sedang memulakan kareer mereka, dan melakukan tindakan yang betul membeli rumah untuk ibu mereka yang membesarkan mereka selama ini.

Tetapi katanya akhbar menyampaikan mesej yang berbeza dalam laporan tentang pemain kulit putih dan kulit hitam, dan persepsi ini menyuburkan sifat perkauman. – BBC

Tags: Raheem Sterling
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd