• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KSM Cadang Pemotongan 20% Gaji Pekerja Asing

oleh Cj Mnh
15/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia (KSM) mencadangkan majikan yang menggaji pekerja asing membuat pemotongan 20 peratus daripada gaji asas bulanan pekerja masing-masing.

Menterinya M. Kula Segaran berkata saranan itu antara lain bertujuan menghalang pekerja asing melarikan diri dan majikan tidak berdepan kerugian ke atas pelaburan untuk membawa masuk pekerja berkenaan.

Beliau berkata isu pekerja asing melarikan diri merupakan antara bebanan besar yang dihadapi majikan dan cadangan itu dilihat relevan dalam menangani situasi tersebut.

“Cadangan ini telah dikemukakan kepada Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) minggu lepas dan ia terbuka untuk dibincangkan bersama pemegang taruh sebelum dimuktamadkan.

“Jika dilaksanakan, ia merupakan situasi menang-menang kepada majikan dan pekerja kerana kedua-dua pihak sama-sama mendapat faedah daripada pemotongan itu,” katanya pada sidang media selepas sesi dialog bersama 60 Majikan Dalam Industri Sarung Tangan Getah di sini hari ini.

Kula Segaran berkata wang gaji pekerja asing yang dipotong akan disimpan di Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sebelum diserahkan kepada pekerja terbabit ketika mahu pulang ke negara asal selepas tempoh permit kerja mereka berakhir.

“Hal ini turut dibangkitkan dalam pertemuan tadi dan rata-rata majikan menyambut baik saranan tersebut,” katanya dan menambah kerajaan tidak menetapkan tempoh masa tertentu untuk pelaksanaan sebaliknya menyerahkan kepada pemain industri untuk menerima atau menolak saranan itu.

Beliau berkata cadangan itu bukan sesuatu yang baharu kepada industri kerana hal tersebut telah dilaksanakan di Jepun dan Korea Selatan dan ia berjaya dalam menangani isu pekerja asing melarikan diri.

Dalam pada itu, Kula Segaran berkata kementeriannya telah melantik Anggota Parlimen Klang Charles Santiago selaku penyelaras Badan Audit Bebas bagi melakukan audit pematuhan sosial menyeluruh ke atas syarikat pembuat sarung tangan getah di negara ini.

Beliau berkata Charles yang berpengalaman selaku aktivis yang terlibat dalam ‘social audit’ di seluruh negara sebelum bergelar wakil rakyat diberi peranan menyediakan laporan kepada kementerian berhubung pematuhan peraturan Pertubuhan Pekerja Antarabangsa (ILO) di semua syarikat pembuat sarung tangan getah.

Katanya antara aspek yang akan diberi tumpuan adalah berkaitan penggunaan buruh paksa serta pekerja dipaksa bekerja lebih masa selain beberapa kriteria penggunaan pekerja asing yang ditetapkan menurut piawaian ILO.

“Laporan ini boleh digunakan oleh kerajaan untuk menjawab dakwaan yang dibuat kerajaan Britain, anggota parlimen di Eropah serta syarikat asing berkenaan penggunaan buruh paksa oleh pemain industri tersebut di sini,” katanya.

Pada Jumaat lepas, akhbar The Guardian di United Kingdom dalam laporannya mendakwa syarikat pembuat sarung tangan getah terbesar dunia, Top Glove Corp Berhad menindas ribuan pekerja asing termasuk memaksa mereka bekerja lebih masa mencecah 160 jam sebulan, melebihi tempoh bekerja lebih masa 104 jam yang ditetapkan undang-undang.

Menurut laporan itu, antara situasi dihadapi pekerja asing berkenaan ialah menjadi mangsa buruh paksa, kerja lebih masa secara paksa, beban hutang, gaji ditahan dan pasport dirampas.

Bagaimanapun, dakwaan itu telah dinafikan Kula Segaran pada Selasa lepas selepas pihaknya melawat hampir kesemua kilang milik syarikat itu di Ipoh, Perak yang mendapati tiada unsur paksaan ke atas pekerja asing di 35 buah kilang milik syarikat terbabit. – BERNAMA

Tags: KSMpotongan gaji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belanjawan 2025: PM Tak Ambil Gaji, Potongan Gaji Menteri Dan Lantikan Politik Diteruskan

Belanjawan 2025: PM Tak Ambil Gaji, Potongan Gaji Menteri Dan Lantikan Politik Diteruskan

18/10/2024
0

Kuala Lumpur : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tidak menerima gaji manakala menteri kabinet lain serta lantikan politik...

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

01/10/2022
0

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing sehingga 26 September lepas dan daripada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd