• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPM Lancar Kempen Guru Pembelajaran Abad Ke-21

oleh Cj Mnh
20/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan hari ini melancarkan Kempen Guru Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) yang membolehkan guru-guru berkongsi pengalaman pengajaran menggunakan pendekatan berasaskan PAK21 dalam kelas masing-masing.

Dilancarkan oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik di sini hari ini, kempen sehingga 31 Januari tahun depan itu akan membuka ruang kepada lebih 400,000 guru berkongsi pendekatan terbaik dalam membawa unsur PAK21 ke dalam kelas kepada masyarakat.

Maszlee dalam ucapan pelancarannya berkata PAK21 merupakan inisiatif kementerian dalam memperjuangkan pembelajaran berpusatkan murid dengan menumpukan kepada lima piawaian asas iaitu komunikasi, kolaborasi, pemikiran kritis, kreativiti serta nilai dan sahsiah (4K1N).

“PAK21 merupakan ciri-ciri dan kemahiran yang perlu ada dalam setiap murid dalam mendepani cabaran abad ke-21.

“Kita tahu semua guru mempunyai kreativiti tersendiri dalam mengaplikasi kaedah pengajaran berteraskan PAK21, dan untuk kita mengharapkan mereka untuk berkongsi pengalaman tersebut kepada orang lain,” katanya.

Maszlee turut berkongsi dapatan laporan ‘Future of Jobs di World Economic Forum’ yang menyatakan 65 peratus murid sekolah rendah masa kini akan bersaing untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang yang masih belum lagi wujud.

Atas faktor itu, katanya guru-guru perlu bersedia dengan pedagogi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran agar kemahiran kendiri murid dapat ditingkatkan supaya sentiasa relevan dalam karier masing-masing.

Beliau berkata guru-guru yang berminat boleh memuat naik maklumat strategi kreatif PAK21 yang digunakan di dalam kelas ke laman sesawang rasmi kempen di http://www.gurupak21.com/ sama ada menerusi format penulisan 300 patah perkataan ataupun video berdurasi tiga minit.

Sepuluh penyertaan terbaik yang dipilih akan berpeluang mendapat bimbingan dari mentor profesional, memenangi hadiah menarik serta menghadiri sesi ramah mesra bersama Menteri Pendidikan, katanya. – BERNAMA

Tags: kempenKPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Guru Di Kedah Tular ‘Grooming’, Cakap Lucah Dengan Pelajar Dikeluarkan Dari Institusi KPM

2 Guru Di Kedah Tular ‘Grooming’, Cakap Lucah Dengan Pelajar Dikeluarkan Dari Institusi KPM

04/12/2025
0

ALOR SETAR: Dua guru di daerah ini yang didakwa terbabit salah laku seksual terhadap pelajar sudah dikeluarkan daripada institusi pendidikan...

102 Sekolah Di KL, Selangor Laksana PDPR, BDR Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47: KPM

102 Sekolah Di KL, Selangor Laksana PDPR, BDR Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47: KPM

18/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 102 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diberi kebenaran melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd