• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khairul Hafiz Intai Perbaharui Rekod Kebangsaan

oleh Ahmad Albab
08/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Raja Pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan menyasarkan untuk memperbaharui rekod kebangsaan miliknya sendiri dalam acara 100m dan 200m pada tahun depan.

Pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 itu mengakui terdapat banyak kelemahan yang perlu diperbaikinya untuk memperbaharui rekod kebangsaan dalam kedua-dua acara berkenaan.

Pelari berusia 20 tahun itu merupakan pemegang rekod kebangsaan dalam acara 100m dan 200m, masing-masing dengan catatan 10.18 saat dan 20.90 saat.

“Bagi saya, catatan peribadi saya tidak konsisten pada tahun ini dan seperti di Jerman sebelum ini, saya mencatat 10.28 saat berbanding rekod peribadi saya iaitu 10.18 saat, jadi banyak lagi perlu saya perbaiki.

Kalau boleh, saya hendak perbaiki lagi catatan berkenaan dengan cuba dekatkan jurang masa atau perbaharui catatan itu sendiri pada tahun depan,” katanya.

Khairul Hafiz yang merupakan duta syarikat pengeluar makanan dan minuman tempatan, Fraser and Neave (F&N) Holdings Berhad berkata demikian ketika ditemui Bernama selepas hadir pada majlis sambutan ulang tahun ke-135 syarikat berkenaan di Pusat Beli Belah IOI City Mall, di sini, malam tadi.

Menyentuh mengenai pencapaian keseluruhannya pada musim ini, Khairul Hafiz mengakui agak sedikit kecewa kerana gagal meraih keputusan positif dalam beberapa kejohanan disertainya termasuk Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia dan Sukan Asia Jakarta-Palembang di Indonesia.

Beliau menjelaskan kecederaan lutut yang dialaminya ketika menyertai Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, jelas menjejaskan teknik lariannya dan menghalang beliau untuk melakar catatan masa yang lebih baik.

“Tahun ini pencapaian agak kurang terutamanya dari segi keyakinan mental, lebih-lebih lagi dengan kecederaan hamstring yang sama alami sebelum ini saya masih menjalani rawatan di Institut Sukan Negara, namun sudah beransur sembuh,” kata anak jati Melaka itu.

Dalam perkembangan berasingan, Khairul Hafiz berkata beliau masih menunggu kepulangan jurulatihnya, Mohd Poad Md Kassim yang sedang mengerjakan umrah untuk perancangan latihan dan kejohanan yang akan disertainya pada tahun depan.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan akan menyertai Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2019 dan edisi ke-23 Kejohanan Olahraga Asia. – BERNAMA

Tags: Khairul Hafiz Jantanpelari pecut
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Suspek, Polis Berbalas Komen Di FB Selama Seminggu

Next Post

Selesai Isu Ruang Udara, Maritim Secara Harmoni

Related Posts

Muhammad Haiqal Individu Terpantas Asia Tenggara

09/12/2019
0

PELARI pecut negara, Muhammad Haiqal Hanafi muncul sebagai individu terpantas di rantau Asia Tenggara selepas meraih emas acara 100 meter...

Cabaran Jonathan Nyepa Di Napoli Berakhir

10/07/2019
0

KUALA LUMPUR - Cabaran jaguh pecut negara Jonathan Nyepa dalam acara separuh akhir 100m lelaki di Sukan Universiti Dunia di...

Next Post

Selesai Isu Ruang Udara, Maritim Secara Harmoni

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd