• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KFA Sambar Khidmat Syahrul Azwari Hadapi Liga Malaysia 2019

oleh
09/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas penyerang Melaka, Syahrul Azwari Ibrahim menjadi pemain terbaharu yang menyertai Kedah bagi saingan Liga Malaysia 2019.

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menerusi catatan terbaharu dalam laman Facebooknya hari ini memaklumkan, bekas pemain skuad Harimau Muda itu mengikat kontrak setahun bersama skuad Lang Merah.

KFA sebelum ini mengumumkan tidak memperbaharui kontrak lima pemain import musim ini – Sandro Da Silva, Liridon Krasniqi, Alvaro Silva, Paola Rangel dan Andik Vermansyah selain Ketua Jurulatih, Mohd Nidzam Adzha Yusoff

Ia susulan prestasi hambar skuad Lang Merah pada musim ini yang menyaksikan mereka gagal mempertahankan kejuaraan Piala FA dan Piala Sumbangsih.

Bekas pengendali kelab Home United FC, Aidil Sharin Sahak dari Singapura, dilantik sebagai ketua jurulatih manakala bekas jurulatih Piala Presiden, Victor Andrag yang merupakan bekas pemain Kedah, dilantik sebagai penolong ketua jurulatih yang baharu bagi musim hadapan.

KFA turut mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Singapura, Muhammad Shakir Hamzah dari kelab Home United FC selain pemain tengah Army United FC, Thailand, Anmar Fares Abdul Jabar Almubaraki dari Iraq.

Beberapa pemain tempatan turut memperkuatkan Kedah pada musim depan, antaranya pemain Negeri Sembilan, N. Thanabalan selain dua pemain Selangor iaitu Shahrul Igwan Samsudin dan Azammuddin Mohd Akil. – BERNAMA

Tags: Syahrul Azwari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd