• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Jurulatih: KAFA Masih Tunggu Keputusan Yusri

oleh
03/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) masih menunggu keputusan Yusri Che Lah bagi pengesahan jawatan ketua jurulatih pasukan Kelantan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata setakat ini jurulatih kelahiran Perlis itu masih tidak menandatangani kontrak walaupun tawaran dan persetujuan persatuan untuk melantik beliau sebagai ketua jurulatih sudah dilakukan.

“Kita membuat tawaran tersebut bulan lalu untuk satu tahun lagi kepada beliau bersama pasukan, namun beliau masih belum membuat keputusan.

“Keputusan pengesahan itu dijangka dapat diketahui selepas beliau (Yusri) pulang dari Makkah pada 9 Dis ini,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Sebelum ini, KAFA membuat tawaran kepada Yusri untuk melanjutkan khidmatnya bersama The Red Warriors (TRW) musim depan setelah semusim bersama Kelantan sebagai penolong jurulatih pasukan berkenaan.

Untuk rekod, pada musim ini Yusri diberi tanggungjawab sebagai pemangku jurulatih sebanyak dua kali – selepas ketua jurulatih import dari Thailand Santhit Bensoh digugurkan pada awal musim dan Fajr Ibrahim (Syria) meletak jawatan pada pertengahan musim.

Bibi Ramjani berkata KAFA menyerahkan sepenuhnya kepada Yusri sama ada mahu menerima tawaran tersebut atau mencari pasukan lain.

“Sebelum ini, dia meminta kenaikan gaji dan memaklumkan ada terima tawaran tinggi daripada pasukan dari ibu kota…mungkin perkara itu antara sebab beliau tidak tandatangani tawaran kami.

“Keputusan bagi mengisi jawatan ketua jurulatih perlu dilakukan bersama pihak pengurusan…ia tidak boleh lakukan secara terburu-buru,” katanya.

Sementara itu, Yusri dalam kenyataannya melalui WhatsApp berkata keputusan untuk menandatangani kontrak itu akan diputuskan apabila beliau pulang ke tanah air selepas menunaikan umrah.

“InsyaAllah saya akan membuat keputusan apabila pulang nanti, setakat ini saya tidak boleh memaklumkan apa-apa keputusan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bibi Ramjani Ilias KhanYusri Che Lah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Prototaip Kereta Nasional Baharu Dijangka Didedah Kepada Umum Tahun Depan

Next Post

Kerajaan China Mahu Hentikan Majlis Kahwin Melampau, Membazir

Related Posts

Yusri Che Lah Letak Jawatan Ketua Jurulatih Skuad Projek FAM-MSN

10/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Jodoh bekas pemain kebangsaan Yusri Che Lah bersama Skuad Projek FAM-MSN tidak kekal lama apabila beliau meletak jawatan...

Bibi Ramjani Letak Jawatan Presiden KAFA

18/06/2019
0

KOTA BHARU - Usahawan batik, Bibi Ramjani Ilias Khan akhirnya melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkuatkuasa...

Next Post

Kerajaan China Mahu Hentikan Majlis Kahwin Melampau, Membazir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd