• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesihatan Muhammad Adib Semakin Merosot

oleh
16/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keadaan kesihatan Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera parah dalam pergaduhan di Kuil Sri Maha Mariamman, semakin merosot dan fungsi paru-parunya mengalami penurunan beransur-ansur sejak 24 jam lepas.

Institut Jantung Negara (IJN), dalam kenyataan berhubung perkembangan terkini Muhammad Adib berkata selepas menjalankan penilaian menyeluruh, paru-paru anggota bomba itu didapati menunjukkan tanda-tanda konsolidasi dan pengerasan tisu, justeru menjadikan pertukaran gas tidak berkesan.

“Ini adalah akibat daripada kecederaan awal yang teruk pada paru-parunya. Pada masa sama, fungsi buah pinggangnya juga tidak menunjukkan peningkatan di mana beliau terus memerlukan sokongan dialisis,” menurut kenyataan itu.

Berikutan perkembangan itu,dan selepas perbincangan pasukan pelbagai disiplin, IJN berkata keputusan dicapai untuk memasukkan semula sistem Veno-Venous ECMO pada jam 9 malam tadi untuk membantu keperluan sistem pernafasannya.

“Muhammad Adib sedang tenat. Berikutan keadaan Muhammad Adib itu, kunjungan ke atasnya dihadkan. Kami menggesa semua rakyat Malaysia terus berdoa agar Muhammad Adib segera sembuh,” jelas kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: Adib
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keluarga Adib Tarik Balik Rayuan, Tak Mahu Panjangkan Kes

15/06/2022
0

KUALA LUMPUR : Keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim menarik balik rayuan komital terhadap bekas Peguam Negara, Tan...

Siasatan Menyeluruh Kematian Adib

13/11/2021
0

PUTRAJAYA – Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Oktober bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa Khas Siasatan Kes Kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd