• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Sasar Naik Taraf ‘Streamyx’ Ke Unifi Menjelang Mac Tahun Depan

oleh
17/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyasarkan untuk menaik taraf semua perkhidmatan pengguna Streamyx kepada Unifi melalui Telekom Malaysia (TM) menjelang Mac tahun depan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith berkata, perkhidmatan itu sedang dinaik taraf secara berperingkat dengan syarat pengguna berada di dalam kawasan yang mempunyai capaian Unifi.

“Sekiranya pengguna berada di luar kawasan atau belum mempunyai capaian Unifi, maka alternatif yang ditawarkan ialah kelajuan Streamyx mereka akan dinaik taraf sehingga 8 Mbps atau bakal menerima capaian 4G LTE. Semua naik taraf ini adalah secara percuma tanpa melibatkan apa-apa kos tambahan,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Ismail Ibrahim yang ingin tahu langkah kerajaan menangani masalah gangguan Streamyx dan mengimbangi kos yang tinggi oleh pelanggan Streamyx berbanding kapasiti langganan data bagi pengguna luar bandar.

Eddin Syazlin berkata semua langkah ini adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk mengimbangi kos perkhidmatan ‘Streamyx’ yang agak tinggi pada ketika ini, sedangkan pada masa yang sama kapasiti lebih tinggi dengan Unifi ditawarkan pada harga lebih rendah.

Menjawab soalan tambahan, beliau berkata buat masa ini, kerajaan belum bercadang untuk menurunkan kadar Streamyx. – BERNAMA

Tags: Eddin Syazlee ShithUnifi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemergian Mohd Hafiz Satu Kehilangan Dunia Permotoran

Next Post

Op Mega: 34 Pati Ditahan Di Kuala Kedah

Related Posts

Penyebar Fitnah, Berita Palsu Dicari Sampai Lubang Cacing

21/02/2020
0

PUTRAJAYA - Polis akan menubuhkan pasukan khas bagi membanteras pihak yang menyebarkan berita palsu, fitnah dan pembohongan terhadap kepimpinan kerajaan...

Timbalan Menteri Rebah, Dewan Rakyat Tangguh Sementara

11/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith yang juga ahli Parlimen Kuala Pilah rebah ketika sesi...

Next Post

Op Mega: 34 Pati Ditahan Di Kuala Kedah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd