• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan PH Setuju Jual Petronas Kepada Syarikat Asing

oleh Haris
04/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETRONAS berdepan risiko dijual kepada pihak asing apabila menteri-menteri kerajaan Pakatan Harapan sendiri sudah membincangkanya dan akan melaksanakan rancangan ini.

Ini ditegaskan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tulisan terbaharunya di Facebook.

“Media antarabangsa telah melaporkan bahawa menteri-menteri kerajaan PH sudah pun memulakan rancangan dan pengaturan untuk menjual 25 peratus kepentingan Petronas melalui satu penyenarain di bursa saham,” katanya dalam tulisan itu.

Katanya lagi, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri pernah menjawab kepada media yang penjualan 25 peratus kepentingan dalam Petronas itu sedang dibincang.

Menurut Najib, ini dirancang kerana kerajaan PH memerlukan hasil tambahan selepas kehilangan hasil GST dan untuk “menutup defisit belanjawan PH” yang akan kekal selama beberapa tahun selepas ini.

“Media tempatan ini melaporkan bahawa penjualan 25 peratus saham dalam Petronas (akan) memberi dana sebanyak RM200 bilion kepada kerajaan PH yang boleh digunakan untuk menutup kehilangan hasil GST setiap tahun dan untuk menutup defisit belanjawan PH yang lebih besar yang dijangka akan berterusan untuk beberapa tahun,” jelasnya.

Kata Najib lagi, menurut laporan media asing penjualan ini dinantikan pihak asing, termasuk syarikat Filipina San Miguel, pemilik syarikat minyak Petron yang mempunyai kaitan dengan seorang anak perdana menteri.

“Media Jepun terunggul Nikkei pernah melaporkan pada Jun lalu memetik presiden dan pemilik syarikat Filipina San Miguel yang juga pemilik syarikat minyak Petron sebagai berkata bahawa kerajaan Malaysia akan melakukan proses penswastaan dan penjualan aset secara besar-besaran tidak lama lagi,” katanya.

“Presiden San Miguel berkata ini peluang yang baik untuk mereka kerana mereka sangat berminat terhadap aset petroleum dan sumber tenaga Malaysia.”

Najib mendakwa yang laporan Nikkei ini tidak pernah dinafikan pemimpin PH.

Najib turut menerangkan bagaimana aset Petronas meningkat semasa pentadbirannya, tetapi “dijarah” di bawah PH apabila syarikat minyak negara itu dipaksa membayar dividen RM82 bilion kepada kerajaan pada tahun ini dan tahun depan.

Najib turut menjelaskan yang pelaburan Petronas seperti Rapid projek gas di Kanada akan mendatangkan lebih banyak hasil.

“Oleh itu, saya sangat harap bahawa Petronas tidak akan dijual oleh kerajaan PH tidak lama lagi seperti penjualan syarikat MNC bertaraf global IHH Berhad secara rundingan terus tanpa tender oleh Khazanah kepada negara Jepun minggu lepas,” kata Najib lagi. – Mynewshub.tv

Tags: Kerajaan Pakatan Harapanpetronas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MCA Lulus Resolusi Bubar BN – Presiden MCA

Next Post

FAMA Raih RM6.35 Juta Jualan Sehingga 1 Dis

Related Posts

Kawasan Jajaran Paip Gas PETRONAS Di Pendang Diceroboh Untuk Dapatkan Tanah Merah – EXCO Kedah

Kawasan Jajaran Paip Gas PETRONAS Di Pendang Diceroboh Untuk Dapatkan Tanah Merah – EXCO Kedah

23/04/2025
2

ALOR SETAR: Kerajaan negeri mengesan aktiviti pencerobohan di kawasan jajaran laluan paip gas milik PETRONAS di dua kawasan di Pendang....

Bantuan Untuk Insiden Kebakaran Di Putra Heights Perlu Diselaraskan Dengan MB Selangor, Petronas

Bantuan Untuk Insiden Kebakaran Di Putra Heights Perlu Diselaraskan Dengan MB Selangor, Petronas

04/04/2025
1

Kuala Lumpur: Semua bantuan dan usaha koordinasi yang berkaitan insiden kebakaran di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor perlu diselaraskan supaya...

Next Post

FAMA Raih RM6.35 Juta Jualan Sehingga 1 Dis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd