CHINA sedang berusaha menghentikan trend ke arah majlis perkahwinan yang semakin mewah dan “prank” sebelum persandingan yang sering bersifat ganas dan seksual.
Pihak berkuasa berkata majlis perkahwinan moden kini terlalu mewah dan membazir serta bertentangan dengan nilai Cina dan sosialis.
Tradisi membuli sebelum perkahwinan juga semakin di luar kawalan.
Beijing mencadangkan agar upacara perkahwinan diseragamkan menjadi lebih tradisional dan ringkas.
Warga China kini semakin berlumba-lumba dengan jiran dan rakan, sehingga terpaksa berbelanja besar kerana trend majlis mega semakin diikuti.
Ini menuntut majlis resepsi yang mahal, pakaian mewah dan sesi fotografi di luar negara hingga menyebabkan perbelanjaan tidak terbatas.
Para tamu juga diharap membawa hadiah yang mahal.
Pada masa yang sama, tradisi “prank” terhadap pengantin lelaki dan perempuan – yang pada mulanya bertujuan membantu mereka supaya bertenang – juga semakin di luar kawalan.
Semakin banyak laporan berita tentang tetamu melakukan tindakan memalukan atau ganas yang dianggap serangan fizikal.
Minggu lalu, seorang pengantin lelaki dilanggar kereta ketika melarikan diri dari upacara melibatkannya diikat dan dipukul.
Kementerian hal ehwal awam China mengutuk amalan-amalan ini sebagai “melampau dan membazir.”
Kementerian mencadangkan satu garis panduan jelas ke arah majlis perkahwinan yang sederhana dan moderat, lapor agensi berita Xinhua. – BBC

