• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

600 Anggota Baharu JIM Atasi Masalah Kekurangan

oleh Cj Mnh
06/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Kira-kira 600 anggota baharu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan melapor diri tahun depan bagi mengatasi masalah kekurangan anggota jabatan itu di seluruh negara, kata Timbalan Ketua Pengarah JIM, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Beliau berkata pengambilan anggota baharu itu melibatkan jawatan Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29 dan Pegawai Imigresen (KP19).

“Pada masa ini, kita ada hampir 15,000 perjawatan dalam JIM dan sudah tentu dari masa ke masa kita membuat pengambilan. Baru-baru ini, kita telah mengambil sejumlah 217 orang di bawah gred KP29 dan mereka kini sedang menjalani Kursus Asas Imigresen di Akademi Imigresen Malaysia di Port Dickson.

“Di samping itu, insyaAllah pada awal Februari tahun depan kita akan membuat pengambilan anggota bagi gred KP19 seramai 400 orang lagi yang mana urusan temuduga ini telah selesai kita laksanakan dan mereka akan lapor diri pada awal Februari depan dan menjalani kursus asas di Port Dickson,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis sambutan Hari Imigresen yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin, di sini hari ini.

Abdul Halim berkata kesemua anggota baharu itu akan ditempatkan di bahagian kaunter perkhidmatan, operasi dan pintu masuk utama di seluruh negara.

“Dengan pertambahan jawatan ini, kita akan cuba untuk mengatasi masalah kekurangan pegawai di negeri-negeri termasuk di Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar di Johor dan juga di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Kita harap dengan pengisian anggota ini, sedikit sebanyak dapat membantu Jabatan Imigresen negeri-negeri melaksanakan tugas mereka dengan lebih lancar terutamanya di bahagian penguatkuasaan dan operasi,” katanya.

Sementara itu, Abdul Halim berkata kutipan hasil JIM pada tahun lepas adalah sebanyak RM4.4 bilion melibatkan kutipan pasport, levi pekerja asing dari segi permit dan pas, serta kompaun yang dikenakan ke atas pekerja asing tanpa izin. – BERNAMA

Tags: anggota baharuJIM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JIM Tahan Empat Pekerja Kedai Makan Di Kampung Baru

JIM Tahan Empat Pekerja Kedai Makan Di Kampung Baru

25/12/2025
0

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerbu sebuah kedai makan terkenal di Kampung Baru, di sini dan menahan empat pekerja...

JIM Bongkar Eksploitasi Buruh Paksa Didalangi Warga Bangladesh

JIM Bongkar Eksploitasi Buruh Paksa Didalangi Warga Bangladesh

17/04/2025
1

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membongkar aktiviti eksploitasi buruh paksa yang didalangi warga Bangladesh dalam serbuan di sebuah tapak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd