• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemahiran Pemikiran Teras Dapat Bantu Siswazah Di Tempat Kerja

oleh Ahmad Albab
12/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya pembangunan kemahiran pemikiran teras, kemahiran insani dan kecekalan akan dapat membantu siswazah menyesuaikan diri dalam persekitaran di tempat kerja dan ekonomi yang sentiasa berubah.

Sehubungan itu katanya, sekolah dan universiti harus meningkatkan kerjasama yang erat dengan industri bagi mengelakkan sistem pendidikan negara menjadi lapuk.

“Juga tidak dapat dinafikan perlunya diberi tumpuan terhadap bidang-bidang ini – teknologi digital, bioteknologi dan persekitaran iaitu perkara-perkara yang akan mengubah cara kita bekerja dan menjalani kehidupan. Saya percaya lebih banyak mekanisme sokongan harus diwujudkan bagi mereka yang mahu melanjutkan pengajian dalam bidang-bidang ini.

“Di samping itu, mereka yang berisiko tinggi untuk ketinggalan juga perlu dikenal pasti agar dapat disediakan mekanisme untuk latihan semula,” katanya dalam kenyataan selepas mengadakan pertemuan dengan kira-kira 3,000 pelajar Universiti Putra Malaysia baru-baru ini.

Anwar yang juga Anggota Parlimen Port Dickson berkata sesetengah pelajar menyuarakan kebimbangan tentang keadaan negara berhubung kerajaan yang stabil dan peralihan kepimpinan.

Selain itu katanya mereka juga bimbang tentang keadaan hubungan antara kaum serta antara agama sekarang dan impaknya terhadap masa depan negara.

Anwar berkata selepas tujuh bulan di bawah pimpinan kerajaan baharu Pakatan Harapan, amat jelas golongan muda hari ini menghargai kebebasan demokratik sekalipun ada yang tidak pasti sejauh mana mereka boleh meluahkan pandangan mereka.

“Sekalipun masih awal untuk lihat perubahan, universiti kita sekarang semakin meriah dengan perbahasan dan perbincangan yang melibatkan pemimpin kerajaan dan pembangkang kerana kini ada ruang untuk pandangan kritikal, meluahkan kebimbangan malah mengadakan perhimpunan tanpa rasa bimbang dihalang pihak berkuasa,” katanya.

Bagaimanapun kata Anwar, amat penting bagi semua yang mempunyai pandangan untuk duduk berbincang serta menghormati pihak yang bertentangan agar dapat terus ke depan.

“Ramai oportunis yang akan menghargai ruang ini untuk terus menggunakan politik berasaskan kaum bagi mencapai agenda peribadi mereka namun harus diingat Malaysia dibentuk dengan menumpukan kepada idea dan nilai yang kita sama-sama sayangi bukan perbezaan yang memecahbelahkan kita,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Anwar Ibrahimsiswazah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Waris Setuju 5 Mangsa Kebakaran Dikebumi Dalam 1 Liang Lahad

Next Post

Ahli Perniagaan Rugi Hampir RM30,000 Ditipu ‘Polis’ Di Miri

Related Posts

KKM Perluas Penempatan Pegawai Perubatan Siswazah

KKM Perluas Penempatan Pegawai Perubatan Siswazah

22/05/2024
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuka penempatan pegawai perubatan siswazah (PPS) baru bagi lantikan siri ketiga ke beberapa lagi hospital selain...

Kerajaan Pantau Rapat Perkembangan Terkini Ketegangan Di Asia Barat – PM Anwar

Kerajaan Pantau Rapat Perkembangan Terkini Ketegangan Di Asia Barat – PM Anwar

14/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang memantau rapat perkembangan yang berlaku di Asia Barat ketika ini serta kedudukan pasaran kewangan, termasuk potensi...

Next Post

Ahli Perniagaan Rugi Hampir RM30,000 Ditipu 'Polis' Di Miri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd