• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejayaan Ke Final Satu Permulaan Cemerlang

oleh Cj Mnh
06/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Kejayaan mara ke final Piala AFF Suzuki 2018 masih belum cukup memadai untuk Tan Cheng Hoe yang berharap dapat menjulang piala berkenaan buat kali kedua.

Pengendali skuad kebangsaan itu menyifatkan kejayaan tersebut sebagai satu permulaan cemerlang dalam karier kejurulatihannya.

Cheng Hoe, 50, merupakan penolong kepada bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal yang membantu Malaysia muncul juara Piala AFF Suzuki buat julung kali pada edisi 2010.

“Saya rasa itu (layak ke final) baru permulaan baik sepanjang karier kejurulatihan saya dan perjalanan saya masih jauh.

“Saya nak terus bersama pemain negara, dan sekiranya mereka betul-betul berdisiplin dan mengekalkan sikap sedia ada, saya rasa mereka boleh membantu skuad negara untuk beberapa tahun lagi,” katanya ketika ditemui pemberita setibanya skuad negara dari Bangkok di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, hari ini.

Malaysia mara ke final walaupun seri 2-2 dengan Thailand pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, malam tadi.

Keputusan seri itu sudah mencukupi untuk skuad Harimau Malaya kendalian Cheng Hoe layak ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Untuk rekod, kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1 Dis lepas.

Dalam pada itu, Cheng Hoe memaklumkan, beliau perlu mendapatkan pengesahan doktor pasukan berhubung tahap kecederaan dialami pertahanan tengah, Aidil Zafuan Abdul Radzak yang terpaksa dikeluarkan pada babak awal permainan ketika menentang Thailand, malam tadi.

Beliau pada masa sama, tidak menolak kemungkinan untuk menggantikan pemain yang cedera dan menerima kad merah pada aksi di Bangkok, dengan beberapa muka baharu untuk aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, 11 Dis ini.

“Kita kehilangan Muhammad Syahmi Safari akibat kad merah pada aksi semalam dan berkemungkinan tempat beliau akan digantikan dengan Amirul Azhan Aznan.

“Semua pemain beraksi dengan baik semalam seperti Nazirul Naim Che Hashim dan Muhammad Irfan Zakaria, namun yang lebih penting bagi saya setiap pemain kena bermain sebagai satu pasukan dan beri galakan kepada satu sama lain,” jelas Cheng Hoe.

Beliau turut berterima kasih kepada penyokong negara, terutamanya penyokong tegar yang memberikan sokongan padu, sama ada skuad Harimau Malaya beraksi di laman sendiri atau tempat lawan.

Lawan Malaysia pada aksi final akan ditentukan pada separuh akhir kedua antara Vietnam dan Filipina di Hanoi, malam ini, dengan Vietnam meraih kemenangan tipis 2-1 pada aksi separuh akhir pertama di Bacolod City, Filipina, 2 Dis lepas. – BERNAMA

Tags: FinalPiala AFF Suzuki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Indonesia Mara Ke Final

26/12/2021
0

KUALA LUMPUR : Indonesia menempah tiket ke final Piala AFF 2020 apabila menyingkirkan Singapura 5-3 secara agregat dalam saingan dramatik...

Hujan Tidak Halang ‘Ekor’ Sambut Harimau Malaya

16/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Hujan lebat tidak menghalang ratusan penyokong hadir di Dataran Merdeka malam ini untuk memberi sokongan kepada skuad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd