• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7-11 Tokyo Mula Tanggalkan Tempat Habuk Rokok

oleh Haris
02/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RANGKAIAN kedai runcit Seven-Eleven di Jepun mengarahkan kedai franchisenya di Tokyo agar tidak lagi menyediakan tempat pembuangan habuk rokok.

Seven-Eleven Japan, satu unit gergasi peruncitan Seven & i Holdimgs Company akan mengkaji sama ada langkah ini akan dilaksanakan seluruh negara selepas mengkaji kesannya di Tokyo.

Langkah ini dilaksanakan selepas ramai pelanggan merungut tentang kesan perokok pasif dan pada masa semakin banyak restoran di Jepun mula mengharamkan merokok di premis mereka.

Seven-Eleven Japan mempunyai sekitar 2,700 kedai di Tokyo, termasuk 1,000 yang menyediakan tempat membuang habuk rokok di depan kedai. Menurut sumber, arahan menanggalkan tempat membuang habuk rokok kepada 1,000 kedai itu dibuat sebulan lalu.

Arahan itu bagaimanapun tidak mengikat kerana tempat membuang habuk rokok itu milik kedai terbabit, tetapi kedai telah menunjukkan kesediaan untuk menanggalkannya dan telah menampal notis yang kemudahan itu akan ditiadakan bermula Isnin.

Kedai yang berada sepenuhnya di bawak urusan Seven-Eleven Japan di Tokyo tidak menyediakan tempat membuang habuk rokok.

Seven-Eleven Japan menjual tembakau di lebih daripada 90 peratus kedainya di seluruh negara, yang merupakan 20 peratus daripada keseluruhan jualan.

Banyak kedai memasang tempat membuang habuk rokok untuk meningkatkan jualan kerana sesetengah pelanggan boleh merokok di depan kedai selepas membeli rokok.

Kemudahan ini juga bertujuan mengelakkan pembuangan puntung rokok merata-rata di kedai bersebelahan.

Masih tidak jelas sama ada tempat membuang habuk rokok ini akan ditiadakan di semua kedai Seven-Eleven Japan, kata pemerhati, kerana banyak kedai di kawasan pinggir bandar yang mempunyai kawasan parkir dijadikan tempat perhentian oleh pelanggan. – JT

Tags: 7-ElevenjepunRokok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 9 Disember – Jepun hari ini digegarkan dengan gempa bumi kuat berukuran 7.6 magnitud, mencetuskan panik di beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd