• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KBS Tetap Bantu Peng Soon-Liu Ying

oleh
16/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tetap akan membantu beregu campuran utama negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying meskipun pasangan itu membuat keputusan meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata pihaknya menghormati keputusan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu dalam karier mereka bagi menghadapi kejohanan pada masa akan datang.

“Mereka berjumpa dengan saya dua minggu lepas untuk memaklumkan perkara ini, tetapi pasangan beregu tersebut menyatakan matlamat dan niat mereka tetap untuk berjuang demi mengharumkan nama negara.

“Kita akan memastikan pasangan itu layak bertanding pada Sukan Olimpik 2020 dan seterusnya dapat memenangi pingat untuk Malaysia,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri program ziarah peserta Khatan Pendekar di Kampung Sungai Pulai Laut, Parit Jawa, di sini, hari ini.

Beliau berkata menjadi tanggungjawabnya kini untuk membantu pasangan beregu berkenaan dan BAM, serta mengeratkan hubungan dengan KBS demi kepentingan sukan badminton negara.

“Berhubung tindakan susulan lain selepas ini, paling penting bagi KBS teruskan membantu mereka dalam segala hal,” kata Syed Saddiq yang juga Anggota Parlimen Muar.

Terdahulu, BAM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, Peng Soon-Liu Ying menghantar surat peletakan jawatan mereka sebagai pemain kebangsaan pada 29 Nov lepas.

Menurut kenyataan tersebut, selepas mengadakan perbincangan dengan semua pemegang taruh, BAM menerima keputusan peletakan jawatan pasangan beregu campuran itu. – BERNAMA

Tags: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hujan Tidak Halang ‘Ekor’ Sambut Harimau Malaya

Next Post

50 Peratus Pekerja Diberhentikan Tahun Ini Dari Lembah Klang

Related Posts

Syed Saddiq Kekal Pengakuan Tak Bersalah

10/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini,...

Syed Saddiq Mengaku Tak Bersalah 2 Tuduhan Ubah Wang Haram

05/08/2021
0

JOHOR BAHRU - Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengikut...

Next Post

50 Peratus Pekerja Diberhentikan Tahun Ini Dari Lembah Klang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd