• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kami Sudah Beri Yang Terbaik – Aidil

oleh
16/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANOI – “Kami sudah berikan yang terbaik,” itu yang diungkapkan pemain pertahanan negara, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak selepas Malaysia tewas 0-1 kepada Vietnam pada aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional My Dinh, semalam

Kekalahan itu menyaksikan skuad kendalian Tan Cheng Hoe tewas dengan keputusan agregat 3-2 selepas seri 2-2 Selasa lepas, dalam aksi pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Aidil yang juga tunggak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mengakui kecewa dengan kekalahan itu, namun menzahirkan rasa terima kasih kepada seluruh penyokong yang sentiasa berada di belakang pasukan sejak kejohanan dwi tahunan itu bermula.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyokong dari awal. Ini lah bola sepak…kami sudah buat yang terbaik untuk perlawanan ini. Siapa sangka pasukan Malaysia yang tidak diletakkan sebagai pasukan pilihan, boleh sampai ke final.

“Pasukan sudah berikan segalanya mungkin rezeki kami hanya menduduki naib johan. Kami minta maaf kerana piala kejuaraan tidak dapat dibawa pulang ke Malaysia,” katanya selepas perlawanan berkenaan.

Pada aksi semalam, gol sulung Vietnam hadir menerusi Nguyen Anh Duc seawal minit keenam selepas skuad kendalian jurulatih dari Korea Selatan Park Hang-Seo bermula garang sejak wisel permainan ditiupkan.

Menurut Aidil, jaringan itu ternyata memberi tekanan kepada pasukan sekali gus merencatkan taktikal serta rentak permainan.

“Mungkin gol awal itu buat kita susah nak cari gol penyamaan ataupun usaha untuk mendahului. Ini adalah final, apa-apa sahaja boleh terjadi,” tambahnya.

Ini adalah kali ketiga Malaysia menamatkan kejohanan itu selaku naib johan selepas kali pertama pada edisi 1996 diikuti 2014. – BERNAMA

Tags: aidil zakuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aidil Zafuan Diperintah Bayar Nafkah Tertunggak RM68,530

26/04/2016
0

PEMAIN bola sepak kebangsaan Mohammad Aidil Zafuan Abd Razak, 29, menerima perintah Mahkamah Tinggi Syariah supaya membayar nafkah tertunggak berjumlah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd