• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KAFA Tidak Membisu Berhubung Tunggakan Gaji Pemain

oleh Ahmad Albab
10/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak pernah membisu berhubung tunggakan gaji bekas ketua pasukan The Red Warrior (TRW) Mohd Badri Mohd Radzi seperti didakwa pemain terbabit semalam.

Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata pihaknya tidak bersikap ‘lepas tangan’ terhadap mana-mana pemain yang menandatangani kontrak bersama persatuan itu.

“Sebelum ini, kita memanggil dia (Mohd Badri) beberapa kali bagi membincangkan perkara berkaitan tunggakan gajinya, namun pihak kami tidak mendapat maklum balas positif daripada pemain itu untuk sebarang perbincangan.

“Saya sendiri pernah menjemput beliau ke satu majlis untuk berbincangan mengenai hal tersebut namun beliau tidak hadir dengan alasan sibuk dengan urusan di ibu kota,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Semalam, Mohd Badri yang juga bekas pemain kebangsaan, dilaporkan kecewa dengan sikap membisu KAFA dalam menyelesaikan tunggakan gajinya selama tujuh bulan.

Mengulas lanjut, Bibi Ramjani berkata pemain terbabit seharusnya datang berbincang dengan pihaknya sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kesan kepada persatuan khususnya The Red Warriors.

“Cukup-cukuplah mahu jatuhkan KAFA, rasaya pemain sendiri lebih tahu apa yang dia lakukan kepada KAFA. Jangan ingat jasa dia sahaja kepada kami sebaliknya harus tahu jasa KAFA kepada pemain.

“Jika ada tunggakan, pemain terlibat perlu memberi ruang kepada kami untuk menyelesaikannya terutamanya dalam situasi kewangan dihadapi kami ketika ini,” katanya.

Beliau berkata pihaknya menaruh harapan terhadap pemain supaya mengadakan perbincangan dalam suasana ‘keluarga’ dengan KAFA berbanding merujuk sebarang masalah dihadapi mereka kepada orang luar yang sengaja mahu merosakkan persatuan itu.

“Kita perlu faham antara satu sama lain, kita faham pemain juga mempunyai komitmen kewangan dalam kehidupan mereka, begitu juga dengan kami yang turut mempunyai komitmen sama untuk menguruskan persatuan,” katanya. – BERNAMA

Tags: GajiKAFA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadangkan memotong gaji semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketua Pemuda UMNO, Datuk...

PM Kerja Tanpa Gaji, Gaji Menteri Kekal Potong 20 Peratus – Kor Ming

PM Kerja Tanpa Gaji, Gaji Menteri Kekal Potong 20 Peratus – Kor Ming

16/08/2024
0

SHAH ALAM - Ketika penjawat awam menikmati kenaikan gaji menjelang Disember ini, Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim masih berkhidmat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd