• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KAFA Tak Mahu Ulangi Kesilapan Lantik Jurulatih

oleh
28/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak mahu mengulangi kesilapan lalu dalam melantik jurulatih untuk mengemudi skuad The Red Warriors (TRW) bagi menghadapi saingan Liga Premier musim depan.

Presidennya Bibi Ramjani Ilias Khan berkata KAFA akan meneliti sebaik mungkin kriteria jurulatih yang akan membimbing Kelantan dalam usaha untuk kembali ke saingan Liga Super pada musim 2020.

“Kita akan lihat rekod, lesen dan sebagainya yang berkaitan dengan aspek kejurulatihan sebelum melantik mana-mana jurulatih bagi mengelak kesilapan sama berulang,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan tindakan KAFA yang masih belum melantik ketua jurulatih Kelantan boleh mengundang ‘malapetaka’ kepada TRW untuk saingan musim depan memandangkan persiapan hanya berbaki sebulan sebelum sepak mula pada 1 Feb depan.

Untuk rekod, pada musim ini KAFA melantik Sathit Bensoh dari Thailand dan Fajer Ibrahim dari Syria sebagi Ketua Jurulatih TRW namun kedua-dua pengendali bertaraf antarabangsa tersebut gagal mencipta sebarang kejayaan kepada Kelantan.

Bibi Ramjani berkata buat masa ini TRW akan dikemudi oleh Pengarah Teknikal TRW Jorg Peter Steinebrunner dan pembantu jurulatih Kamarudiin Muhammad.

“Kita akan mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan Terengganu pada 5 Feb di Stadium Sultan Muhammad ke-IV dan dari situ, kita boleh menilai kemampuan pasukan secara menyeluruh,” katanya.

Sementara itu, Bibi Ramjani berkata terdapat lima kekosongan pemain termasuk seorang pemain import yang perlu didaftar pada 20 Jan depan.

Beliau berkata Kelantan juga masih belum mempunyai penaja utama dan berharap agar ada pihak yang berbesar hati untuk tampil membantu berbuat demikian. – BERNAMA

Tags: Bibi Ramjani Ilias Khan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Skim Perlindungan Nasional Manfaat 4.1 Juta Isirumah

Next Post

Perak Wujud Institusi Golongan Rentan, Wanita

Related Posts

Bibi Ramjani Letak Jawatan Presiden KAFA

18/06/2019
0

KOTA BHARU - Usahawan batik, Bibi Ramjani Ilias Khan akhirnya melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkuatkuasa...

KAFA Dapatkan Khidmat Pemain Dari Jepun

26/12/2018
0

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengesahkan akan mendapatkan khidmat bekas pemain kelab Phnom Phen Crown FC (PPCFC)...

Next Post

Perak Wujud Institusi Golongan Rentan, Wanita

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd