• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jaringan Awal Vietnam ‘Musnahkan’ Malaysia – Cheng Hoe

oleh
16/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANOI – Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya Tan Cheng Hoe mengakui jaringan awal oleh pasukan Vietnam seakan ‘memusnahkan’ segala perancangan yang direncanakan beliau dalam aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2018 di antara Malaysia dengan Vietnam, malam tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium My Dinh di sini, Malaysia menggigit jari setelah terlepas peluang terbaik untuk merangkul kejuaraan bola sepak paling berprestij di rantau Asia Tenggara itu selepas tunduk 0-1 kepada pasukan tuan rumah, sekali gus menyaksikan skuad Harimau Malaya kecundang 2-3 menerusi kiraan agregat.

Katanya, tiga kali melakukan kesilapan dalam tiga perlawanan bertemu Vietnam pada kempen Piala AFF Suzuki kali ini adalah sesuatu yang tidak seharusnya berlaku.

“Memang saya sedar, tiga kali bertemu Vietnam, kita dibolosi dengan jaringan awal. Apabila terjadi pada malam ini, ia sedikit-sebanyak menggangu keyakinan pemain untuk bermain.

“Pada perlawanan sebelum ini kita berjaya melakukan ‘come-back’, tapi pada kali ini pemain tidak dapat menjaringkan gol dan beberapa peluang yang ada pun tidak dapat disempurnakan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan. — LAGI

Jaringan tunggal Vietnam malam ini dijaringkan oleh Nguyen Anh Duc pada minit keenam yang melakukan rembatan di dalam kotak penalti dan gagal ditepis oleh penjaga gol skuad negara, Farizal Marlias.

Keputusan itu menyaksikan Vietnam muncul juara buat kali kedua selepas 2008 manakala Malaysia pula meraih kejuaraan pada edisi 2010.

Untuk rekod, kedua-dua pasukan berkenaan seri 2-2 pada aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa lalu. – BERNAMA

Tags: Tan Cheng Hoe
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Piala Suzuki AFF: Cheng Hoe Gesa Tiada Kesilapan Mudah Bertemu Vietnam

12/12/2021
0

KETUA jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe, menuntut pemain negara agar tidak melakukan kesilapan mudah sewaktu berdepan Vietnam dalam aksi...

FAM Beri Bayangan Positif Status Kontrak Cheng Hoe

16/12/2018
0

SEPANG – Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Yusoff Mahadi memberi bayangan positif mengenai kedudukan Tan Cheng...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd