• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Pinggirkan Mereka Yang Perlu Perhatian Istimewa

oleh Cj Mnh
04/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Masyarakat perlu meningkatkan keterlibatan dengan golongan yang kurang bernasib baik dan mereka yang memerlukan perhatian istimewa, kata isteri perdana menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Menurutnya, masyarakat perlu tahu bahawa banyak keperluan di kalangan mereka perlu diberi perhatian daripada peringkat kanak-kanak hingga dewasa.

“Contohnya ada kanak-kanak menghidap dyslexia. Jangan biarkan terasing, hantar ke sekolah bersesuaian untuk mereka menerima rawatan, belajar membaca, faham keadaan sekeliling sebelum ke sekolah normal,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada badan bukan kerajaan (NGO) merangkumi Malaysian Rare Disorders Society, Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia (NASOM) dan Childline Malaysia di sini hari ini.

Dr Siti Hasmah berkata golongan istimewa seperti penghidap autisme dan dyslexia mampu berkembang dan mencapai kemajuan dalam kehidupan mereka jika mendapat rawatan dan bantuan sewajarnya.

“Jadi ibu bapa, guru dan Jabatan Kebajikan Masyarakat misalnya perlu faham keadaan ini. Jangan diam tidak buat apa-apa,” katanya.

​​​Beliau seterusnya menarik perhatian bahawa ada komuniti golongan kurang bernasib baik dan kurang upaya yang tidak melepaskan peluang melakukan aktiviti kebajikan dan menubuhkan persatuan tanpa terlalu mengharapkan bantuan kerajaan.

“Mereka ini ada yang mempunyai anak, cucu dan ahli keluarga yang kurang upaya dan terpanggil untuk menubuhkan persatuan untuk membantu orang lain,” katanya.

Pada majlis itu, Dr Siti Hasmah meluangkan masa berbual, bergambar dan menyanyi bersama jemputan yang hadir. —BERNAMA

Tags: Kurang Upayaperhatian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Tikam Teman Lelaki Ketika Dipaksa Lakukan Seks Ada Rekod Dadah

Bella Akui Kesilapan Mahu Perhatian Aliff, Hubungan Dengan Muaz Berakhir Tahun Lepas

04/04/2024
1

Bukit Jelutong: Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, 30, berterus-terang bahawa isu dia menjalinkan hubungan dengan pelakon baharu, Muaz Zabir yang...

Dunia Jatuh Cinta Dengan Presiden Croatia!

16/07/2018
0

SELEPAS pasukan bola sepak Perancis muncul juara, menewaskan pasukan Croatia 4-2. Selain menyaksikan Perancis mencipta sejarah, peminat bola sepak dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd