• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jangan Jadikan Isu Tabung Haji Untuk Tutup Kelemahan Sendiri”

oleh Haris
12/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KETUA Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki kesal dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusoff yang mensensasikan isu kelemahan Tabung Haji.

Katanya, dakwaan penyelewengan yang disensasikan itu rupa-rupanya hanyalah “berkaitan dengan dakwaan YB Mujahid bahawa Tabung Haji (TH) telah membayar dividen (hibah) kepada pendeposit secara haram selama 4 tahun berturut-turut semenjak 2014 sehingga 2017.”

Asyraf dalam satu kenyataan hari ini menggesa agar isu ini tidak dijadikan alasan untuk menutup kelemahan pentadbiran kerajaan PH berhubung pasaran modal yang menyumbang kepada kemerosotan mendadak prestasi Tabung Haji, serta alasan untuk menjual aset milik Tabung Haji.

“Jangan pula isu ini menjadi alasan menutup kelemahan kerajaan PH yang selama ini masih gagal menstabilkan pasaran saham dan modal negara sehingga TH tidak mampu lagi memberikan dividen yang setara atau lebih baik kepada pendeposit berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Lebih membimbangkan jika ini sebagai alasan untuk menjual aset-aset strategik TH dan memberi manfaat kepada pihak-pihak tertentu,” ujarnya.

Jelas Asyraf, sepanjang beliau memegang tugas sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, tidak pernah ada laporan audit yang menjadikan pembayaran dividen sepanjang empat tahun itu.

Tambahnya, kuasa menteri di Jabatan Perdana Menteri hanya boleh mengumumkan dividen selepas disahkan oleh pihak Audit Negara.

Katanya, jika benar pengurusan Tabung Haji telah melakukan tindakan yang salah, langkah sepatutnya ialah menyaman mereka dan bukan membuat kenyataan terbuka yang boleh mencetuskan panik.

Beliau bimbang reaksi pasaran yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan kerajaan PH ini mencetuskan kebimbangan sehingga mendorong pendeposit mengeluarkan wang mereka dan mengakibatkan krisis pada Tabung Haji.

“Sejujurnya saya bimbang dengan reaksi pasaran dan pendeposit yang boleh mengeluarkan wang mereka pada bila-bila masa lantaran kurang yakin bahawa TH akan memberikan dividen sebagaimana amalan sebelum ini.

“Jika ini berlaku, TH akan berhadapan dengan krisis besar atau istilah kewangannya ‘bank-run’ yang mampu melumpuhkan sebuah institusi Islam yang besar sumbangannya kepada umat. Sedangkan TH tidak pernah dilaporkan mengalami kerugian bahkan setiap wang pendeposit dijamin oleh Kerajaan sebagaimana peruntukan Akta Tabung Haji 1995,” jelasnya.

Beliau menegaskan pendirian menyokong siasatan segera dilakukan sekiranya berlaku penyelewengan dalam institusi ini.

“Saya masih kekal berpendirian tegas tanpa kompromi, sekiranya terdapat sebarang salah laku, rasuah mahupun penyelewengan wang pendeposit TH, siasatan dan pendakwaan harus segera dilakukan terhadap mereka yang bertanggungjawab, bukannya berterusan diadili di media massa,” katanya. – Mynewshub.tv

Tags: Datuk Dr Asyraf Wajdi DusukiDatuk Dr. Mujahid Yusof RawaTabung Haji
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tersilap Tekan Pedal Minyak, Kereta Terjunam 10 Meter

Next Post

Laporan Akhbar Tidak Adil Punca Perkauman, Kata Raheem Sterling

Related Posts

Iran Sahkan Operasi Janji Benar Sudah Berakhir

Konflik Iran-Israel: TH Teruskan Persiapan Bagi Musim Haji 2024 Seperti Dirancang – Mohd Na’im

14/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah...

Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan 3.1 Peratus Bagi 2022

Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan 3.1 Peratus Bagi 2022

28/04/2023
0

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan 3.1 peratus selepas zakat bagi tahun kewangan 2022. Ikuti Mynewshub: Telegram Menteri...

Next Post

Laporan Akhbar Tidak Adil Punca Perkauman, Kata Raheem Sterling

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd