• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Gamit Perseteruan Antara Kaum, Agama

oleh Ahmad Albab
23/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rakyat di seluruh negara diingatkan agar tidak menggamit perseteruan antara satu sama lain terutama dalam perkara berkaitan agama dan bangsa, sehingga boleh menggugat keamanan yang dikecapi selama ini.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata api pergaduhan ini memang mudah untuk dinyalakan, namun ia mengambil masa yang panjang untuk dipadamkan.

“Ia mudah dibakar untuk berlaku satu pergaduhan di seluruh negara kita yang aman terutama sejak pihak komunis membuat perjanjian untuk meletak senjata, negara kita sudah berada dalam keadaan aman dan tenteram. Justeru, jangan kita menggamit perseteruan-perseteruan yang baharu.

“Cari jalan penyelesaian, berunding, bercakap, berdialog tetapi jangan sampai ke peringkat pertarungan fizikal,” katanya ketika berucap sebelum menyampaikan sijil kepada graduan Majlis Konvokesyen Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) ke-52 di sini, hari ini.

Mohamad berkata pergaduhan sesama rakyat bukan sahaja menjejaskan perpaduan tetapi juga akan melumpuhkan ekonomi seperti yang berlaku di negara-negara dilanda konflik.

“Negara yang huru-hara, siapa yang nak labur. Untuk pulihkan ekonomi, perlu pulihkan keamanan terlebih dahulu,” katanya.

Dalam hal ini juga, Mohamad menarik perhatian bahawa pergaduhan sesama sendiri akan turut melibatkan mereka yang tidak ada kena mengena dalam kejadian itu selain terpaksa meletakkan anggota Angkatan Tentera Malaysia dan pasukan keselamatan di barisan hadapan dan terlibat secara langsung, sedangkan bukan mereka yang memulakan pergaduhan.

Justeru, jasa ATM termasuk veteran harus dikenang dan beliau berjanji akan mengabdikan diri untuk menjadi pejuang kebajikan mereka.

Setakat ini, kebajikan kepada ATM dan veteran belum memadai dan perlu dipertingkat supaya walaupun bukan niat parajurit untuk jasa mereka dibayar wang tetapi sekurang-kurangnya perjuangan mereka dikenang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mohamad Saburakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd