• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Imigresen Sedia Tambah Kaunter Atasi Kesesakan Di Sempadan

oleh Cj Mnh
24/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RANTAU PANJANG – Jabatan Imigresen bersedia untuk menambah lebih banyak kaunter pengesahan dan menggunakan teknologi terkini untuk mengatasi masalah kesesakan di semua pintu masuk sempadan negara ini.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali berkata bagaimanapun ia perlu diperbincangkan di peringkat pusat kerana membabitkan pelbagai perkara termasuk kos.

“Kita memahami masalah ini dan sentiasa berusaha untuk menambah baik keadaan itu dan mencadangkan beberapa perkara kerana kita merasai denyut nadi rakyat setiap kali berlaku kesesakan.

“Bagaimanapun kita akan bincang dengan lebih lanjut terutama dengan Kementerian Dalam Negeri bagaimana ia dapat direalisasikan,” katanya ketika mengadakan lawatan dan mendengar taklimat operasi jabatan itu di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini, hari ini.

Turut hadir dalam lawatan dan taklimat itu beberapa pegawai imigresen, kastam dan polis dari Thailand yang bertugas di sempadan di sini.

Mustafar berkata keberkesanan penggunaan Sistem M-Bike yang menggunakan peranti pengesanan gelombang radio (RFID) yang dilekatkan pada pasport pengguna di Tambak Johor juga dilihat mampu mengatasi masalah berkenaan.

“Ini yang akan kita gunakan pada laluan pengguna motosikal dan insya-Allah ia mampu mengatasi masalah ini nanti,” katanya.

Mengenai kes pemerdagangan dan penyeludupan manusia di negeri ini, Mustafar berkata pihaknya pada tahun ini telah merekodkan sebanyak 138 kes tangkapan migran terutamanya dari Myanmar.

Katanya daripada jumlah itu sebahagian kes telah diselesaikan di peringkat mahkamah dan beberapa kes masih dalam siasatan.

“Kita sentiasa memastikan langkah-langkah penguatkuasaan ini diperketat dan setiap kes akan mengambil masa yang cepat untuk diselesaikan.

Sementara itu, jabatan tersebut akan menukar pasport yang rosak atau hilang akibat banjir secara percuma kepada mereka yang terjejas banjir.

“Bagaimanapun ia perlu melalui beberapa prosedur kerana kes yang tertentu sahaja akan mendapat pertukaran secara percuma itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Jabatan Imigresenkaunter
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Imigresen Selamat 10 Wanita Bawah Umur Mangsa Eksploitasi Seks Sindiket Pelacuran

Imigresen Selamat 10 Wanita Bawah Umur Mangsa Eksploitasi Seks Sindiket Pelacuran

03/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menyelamatkan 10 remaja perempuan bawah umur yang menjadi mangsa eksploitasi seks oleh sindiket pelacuran yang berselindung...

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

28/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Jabatan Imigresen ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan membawa masuk warga asing tanpa menjalani pemeriksaan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd