• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anti-ICERD: PDRM Siap Siaga Hadapi Sebarang Isu

oleh Ahmad Albab
08/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menasihatkan agar peserta perhimpunan kesyukuran kerajaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tidak mencetuskan sebarang provokasi pada perhimpunan berkenaan, petang ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata ini kerana PDRM bersiap-siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Beliau berkata sejak semalam PDRM telah membuat pemantauan dan jumlah peserta ICERD pada pagi ini dianggar seramai 5,000 orang dan jumlah itu dijangka meningkat pada tengah hari ini.

“PDRM telah buat persiapan serapi mungkin dan kami berdoa dan berharap agar tiada apa-apa yang berlaku pada petang ini.

Sekiranya perhimpunan ICERD ini tidak selesai selepas pukul 6 petang ini, PDRM akan terus memantaunya sehingga ke pagi esok dan tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini,” katanya pada sidang media sempena Majlis Berkhatan Perdana PDRM 2018, di Masjid Bukit Aman di sini, hari ini.

Pada Khamis lepas, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata PDRM akan menutup enam jalan di ibu negara bersempena perhimpunan ICERD, bermula pukul 6 pagi ini

Tindakan berkenaan dibuat bagi memberi ruang kepada peserta berhimpun di Jalan Raja berdepan bangunan Sultan Abdul Samad selain mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Sementara itu, dalam majlis berkenaan, seramai 74 kanak-kanak berumur dari lapan hingga 10 tahun terdiri daripada anak-anak warga PDRM menyertai majlis berkenaan.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. – BERNAMA

Tags: ICERDTan Sri Mohamad Fuzi Harun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Selesai Isu Ruang Udara, Maritim Secara Harmoni

Next Post

Pelancong China Paling Ramai Lawat Malaysia

Related Posts

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

29/10/2022
0

Petikan Page Viral Posts (FB) ICERD merupakan sebuah konvensyen oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertujuan untuk memupuk kesetaraan kaum...

TMJ: Mahathir ‘Tak Jujur’ Dalam Isu Statut Rom, ICERD

16/12/2021
0

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad didakwa tidak jujur dalam isu Statut Rom dan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk...

Next Post

Pelancong China Paling Ramai Lawat Malaysia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd