• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Honduras Negara Di Dunia Paling Teruk Terjejas Akibat Perubahan Iklim

oleh Cj Mnh
18/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEGUCIGALPA – Banjir besar memaksa lapangan terbang Roatan di Honduras ditutup dan kejadian itu disifatkan bencana paling buruk pernah melanda negara itu dalam tempoh lebih 20 tahun.

Pihak berkuasa menutup lapangan terbang itu berikutan jarak penglihatan yang rendah selain beberapa wilayah digenangi air banjir.

Lebih 5,000 penduduk di utara Colon, Atlantida, Cortes dan Pulau Bahia terjejas serta mengalami suhu rendah dan hujan lebat sejak minggu lalu.

Banyak kawasan diletakkan dalam zon kuning manakala ramai penduduk terpaksa dipindahkan berikutan kejadian tanah runtuh dan air sungai melimpah.

Hujan lebat, banjir dan tanah runtuh di Honduras pada Oktober lalu menyebabkan sekurang-kurangnya empat orang terbunuh sementara 7,000 penduduk terjejas dan lebih 3,000 terpaksa dipindahkan.

Indeks Risiko Iklim Global (IRC) Germanwatch 2018 mendapati “antara tahun 1997 dan 2016, Honduras adalah negara di dunia yang paling teruk terjejas disebabkan cuaca ekstrem”.

Menurut Germanwatch, dalam tempoh itu Honduras dilanda 62 bencana cuaca termasuk Taufan Hurricane. Negara yang hanya mempunyai sembilan juta penduduk itu juga sering mengalami fenomena El Niño dan La Niña di samping kemarau. – BERNAMA

Tags: Hondurasiklim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

USA Ekstradisi Bekas Presiden Honduras

23/04/2022
0

TEGUCIGALPA – Bekas Presiden Honduras, Juan Orlando Hernandez diekstradisi ke Amerika Syarikat (USA) kelmarin untuk dibicarakan kerana didakwa membantu penyeludupan...

Bekas Presiden Honduras Ditahan, Didakwa Terlibat Sindiket Dadah

16/02/2022
0

TEGUCIGALPA: Bekas Presiden Honduras, Juan Orlando Hernandez ditahan atas tuduhan terlibat dengan sindiket pengedaran dadah pada Selasa. Anggota polis dikerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd