• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Heung-Min Son, Dele Alli Bantu Tottenham Balas Dendam Ke Atas Arsenal

oleh Ahmad Albab
20/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOL oleh Heung-min Son dan Dele Alli membantu Tottenham membalas dendam terhadap Arsenal dengan kemenangan 2-0 pada suku akhir Piala Liga di Emirates.

Dua minggu dari kemenangan Arsenal 4-2 ke atas Spurs dalam Liga Perdana Inggeris, pasukan Unai Emery itu merupakan pasukan kedua terbaik ketika cuba menewaskan pasukan lawan di utara London.

Selepas Paulo Gazzaniga mematahkan cubaan gol oleh Henkirkh Mkhitaryan, Son berjaya memberikan Spurs kelebihan pada babak pertama, dan Alli juga mengulanginya selepas waktu rehat.

Mengejar pingat perak pertama mereka sejak 2008, Spurs merampas kelebihan awal melalui jaringan Son dan Spurs berjaya menguasai perlawanan.

Walaupun tanpa kehadiran Mesut Ozil yang sekali lagi ketinggalan disebabkan oleh alasan taktikal, Arsenal tetap berjaya mencipta banyak pembukaan.

Aaron Ramsey hampir dapat meraih gol penyamaan tetapi diselamatkan oleh penjaga gol Gazziniga.

Mauricio Pochettino kemudian memasukkan Harry Kane pada babak kedua, dan penyerang England itu memberikan kesan serta-merta, membuka laluan mudah kepada Alli.

Arsenal cuba bangkit tetapi Spurs berjaya mencatatkan kemenangan kedua dalam 17 lawatan ke Emirates untuk menempah tempat empat pasukan terakhir ke Piala Liga buat kali pertama sejak 2014-15. – Eurosport/mStar Online

Tags: ArsenalTottenham Hotspur
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan China ‘Pangkah’ Ozil

16/12/2019
0

BEIJING - Gara-gara menyatakan sokongan terhadap etnik Uighur di Xinjiang, stesen penyiaran kerajaan China, CCTV menarik balik siaran langsung perlawanan...

Ozil Kritik Umat Islam Abaikan Etnik Uighur

14/12/2019
0

BINTANG Arsenal, Mesut Özil mendakwa umat Islam hanya berdiam diri ketika etnik minoriti Uighur di Xinjiang ditindas di bawah kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd